Rekoleksi masa Adven di Paroki Katedral St Mary

Rekoleksi masa Adven di Paroki Katedral St Mary

Dec 07, 2018

SANDAKAN: Kerasulan Wanita Katolik dengan kerjasama Majlis Pastoral Paroki telah menganjurkan Rekoleksi Adven untuk Paroki Katedral St Mary pada 24 Nov.

Dengan tema, “Sukacita Penyelamatan”, ia dihadiri oleh 94 orang peserta. Antara penyampai sesi dalam rekoleksi ini ialah Father Christopher Ireneus dan Sister Theresa Martin FSIC.

Rekoleksi ini dimulakan dengan upacara Pentakhtaan Alkitab diikuti pembacaan Injil dan renungan oleh Sr Regina.

Kemudian dalam sesi pertama, Sr Theresa memberikan penjelasan tentang, “Apa itu Adven?” Sister itu menyentuh tentang makna Adven, menerangkan secara singkat Pusingan Liturgi, asal usul perkataan Adven, fokus dan sejarah musim Adven.

Dalam sesi kedua, Fr Christopher menerangkan Adven adalah musim pertama dalam kalendar Gereja Katolik yang mempersiapkan kedatangan Tuhan. Fr Christopher juga menerangkan tentang empat lilin Adven pertama Harapan, Damai, Sukacita dan Cintakasih.

Secara ringkas, lilin pertama (harapan) adalah untuk mempersiapkan kedatangan Yesus kali kedua, lilin kedua (damai) mengingatkan umat betapa perlunya mengubah cara kehidupan mereka demi kesejahteraan bersama, lilin ketiga (Sukacita) ajakan bersukacita kerana Yesus adalah Penyelamat yang ditunggu-tunggu dan lilin keempat (Cintakasih) yang melambangkan aksi-aksi kecil atau besar, dengan cintakasih, ia akan menjadikan dunia ini lebih baik lagi

Pengerusi MPP, Sdra Pilis Malim mengungkapkan rasa syukur beliau di atas kehadiran para peserta. Beliau juga berterima kasih kepada Fr Christopher dan Sr Theresa di atas penyampaian sesi mereka.

Semoga sesi-sesi ceramah tersebut dapat membantu para peserta menjalani musim Adven dengan penuh makna.

Total Comments:0

Name
Email
Comments