Salib kuburan dipotong dan dirosakkan di Indonesia

Polis melakukan siasatan terhadap kes merosakkan kubur di pemakaman umum (TPU) di Magelang, Jawa Tengah. Sebanyak 11 kuburan di n di TPU Girilyo dirosakkan pada sekitar akhir Disember, 2018.

Jan 12, 2019

MAGELANG, Jawa Tengah, Indonesia: Polis melakukan siasatan terhadap kes merosakkan kubur di pemakaman umum (TPU) di Magelang, Jawa Tengah. Sebanyak 11 kuburan di n di TPU Girilyo dirosakkan pada sekitar akhir Disember, 2018.

Tujuh buah kubu- ran di TPU di Kecamatan Magelang Selatan juga dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perosakan ini, termasuk meng- hancurkan salib selepas beberapa minggu sekumpulan Muslim memaksa bahagian atas salib kubu- ran dipotong.

Kristanto Yoga Darmawan, Ketua Polis Kota Magelang men- gatakan, mereka sedang mengumpulkan bukti-bukti kes dari lokasi kejadian termasuk rakaman CCTV, penjaga TPU dan orang- orang berdekatan. Beliau men- gatakan, mereka melibatkan Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) dalam menangani kes ini agar masyarakat tidak secara mem- babi buta mengambil kesimpulan bahawa pelaku merosakkan kubu- ran itu adalah dari agama tertentu, khususnya di tengah-tengah situasi persaingan politik yang semakin hangat menjelang pemilihan umum April mendatang.

Islamiyah, seorang petugas kebersihan di TPU itu mengatakan kepada Berita Antara bahawa kebanyakan batu nisan telah dirosakkan dengan teruk. "(Hal seperti ini) belum pernah terjadi sebelumnya," katanya.

Beliau menjelaskan, pada hari Krismas, ramai orang yang datang menziarahi kuburan dan kuburan- kuburan itu masih dalam keadaan elok. Ismudiyono, Wakil Ketua FKUB Kota Magelang mengatakan, mere- ka akan menganjurkan pertemuan dengan tokoh pelbagai agama bagi membincangkan masalah ini. --ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments