Segala-galanya akan baik jika kita terus bersama Tuhan

Segala-galanya akan baik jika kita terus bersama Tuhan

Feb 01, 2019

KOTA PANAMA: Direktur ad interim Pejabat Akhbar Vatikan Alessandro Gisotti berada bersama Paus Fransiskus pada hari Jumaat, 25 Januari 2019, ketika Sri Paus mengunjungi Pusat Tahanan Remaja di luar Kota Panama. Ketika berbicara dengan Vatican News, Gisotti menggambarkan kunjungan itu seperti “Jumaat Belas Kasih” atau aksi belas kasihan Sri Paus yang sesekali dilakukannya di Roma di mana prelatus itu melawat kumpulan-kumpulan terpinggir atau golongan yang memerlukan.

“Saya sempat berbicara dengan Bapa Suci setelah kunjungan yang sangat mengharukan dan menyentuh ini. Beliau memberitahu kepada saya bahawa pesan terpenting yang ingin disampaikannya pada kunjungan ini ialah belas kasihan Tuhan.

Sri Paus mengatakan kepada saya bahawa beliau ingin menekankan belas kasihan Tuhan untuk semua orang yang memerlukan belas kasihan itu, bukan hanya untuk anak-anak muda yang menghadapi situasi yang begitu sulit ini.

Awalnya, tidak ada liputan video atau audio sama sekali tentang kunjungan Paus Fransiskus ke Pusat Penahanan Remaja itu. Para tahanan adalah anak-anak di bawah umur dan, dengan demikian, identiti mereka dilindungi hukum. Akhirnya, gambargambar kunjungan itu diberikan, tetapi tanpa wajah-wajah orang muda itu. Gisotti mengatakan itulah rupa wajah-wajah ini, wajah orang-orang muda yang dirampas kebebasannya, yang membuatnya sangat tersentuh. Dia tersentuh oleh senyuman mereka, khususnya.

Senyuman mereka, tatkala Bapa Suci memeluk mereka, seperti sinar cahaya yang indah, sinar pengharapan. Bukan hanya untuk mereka, tetapi untuk saya juga dan untuk semua orang yang ada di sana. Bapa Suci berhasil memberi mereka perasaan ini, perasaan dicintai oleh seorang bapa.

Alessandro Gisotti mengenang Hari Orang Muda Sedunia pertama yang dia hadiri tahun 2000, dan merefleksi betapa berbeza bagi beliau berada di sini di Panama sebagai Direktur ad interim Pejabat Akhbar Vatikan hari ini. “WYD ini berbeza kerana seperti yang diketahui, panggilan tugas ini sungguh tidak terduga. Saya masih sukar percaya berada di samping Bapa Suci dan melihat ekspresinya ketika dia mendengar luahan dan bicara daripada orang-orang muda itu, danmemahami betapa penting baginya berada di sini, bahkan kita juga tahu, Bapa Suci sedang sibuk mempersiapkan perjalanan yang sangat penting ke Uni Emiriah Arab dalam beberapa hari lagi.

Tetapi apa yang Bapa Suci lakukan di Panama, khususnya di kalangan anak-anak muda yang sedang menjalani masa pemulihan, dia mahu menunjukkan Tuhan berada di tengah-tengah kita semua! — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments