Selembar kain Yesus yang tidak berjahit

Yohanes dari Salib menerangkan bahawa dalam hal kerohanian dan moral, tidak ada istilah hal berkecuali.

Jun 16, 2017

Yohanes dari Salib menerangkan bahawa dalam hal kerohanian dan moral, tidak ada istilah hal berkecuali. Ini bermakna, anda tidak boleh menjadi santo atau seorang yang bermoral tinggi jika anda membenarkan satu atau dua perkara yang tidak bermoral bermastautin dalam diri anda.

Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan diri kita terperangkap dalam satu kesalahan moral atau tabiat dosa walau sekecil mana pun, atau memandang ringan akannya meskipun kualiti-kualiti moral kita amat positif atau kewarakan kita amat disegani sehingga menenggelamkan kesalahan moral atau tabiat dosa yang kecil.

Tetapi, bagi Yohanes dari Salib, meskipun kesalahan moral itu hanyalah kecil tetapi anda tetap tidak dapat menjadi santo. Yohanes mengumpamakan perkara ini seperti seekor burung yang diikat dengan batu, sama ada pengikat itu dawai ataupun tali ringan, burung itu tetap tidak dapat terbang.

Begitu juga dengan upaya-upaya kita untuk melindungi kehidupan dan mewujudkan keadilan dalam dunia kita. Melindungi kehidupan dan mempromosi keadilan adalah seiring. Kita tidak dapat melindungi kehidupan jika mengabaikan keadilan. Kita tidak dapat menjadi nabi yang sejati jika mempunyai beberapa kesalahan moral yang dipendam dalam diri kita.

Setiap isu mempunyai kaitan dengan yang lain oleh itu, isu-isu seperti pengguguran janin, perang nuklear, kurang kepekaan terhadap ekologi, nasib pelarian, perkauman, ketidak adilan gender, kemiskinan dan ketidaksaksamaan, kurang akses terhadap rawatan kesihatan, akses pendidikan yang tidak sama rata, sikap tidak bertanggungjawab seksual dan diskriminasi terhadap komuniti LGBT tidak boleh ditangani secara berasingan, seolah-olah setiap satu isu ini dianggap sulit dan tidak boleh dikongsi dalam perbincangan.

Sama ada kita sedar atau tidak, semua isu ini saling berkaitan. Kardinal Bernadin berkata, “Kejayaan dalam menyelesaikan salah satu isu berkaitan kehidupan adalah melibatkan sikap masyarakat menyeluruh dalam menjunjung martabat manusia.” Ini merupakan cabaran hebat bagi kita semua, yang masing-masing mempunyai pelbagai pegangan dan pandangan ideologi.

Oleh itu, sesiapa yang terlibat dalam usaha menyelamatkan janin daripada digugurkan harus menerima bahawa masalah pengguguran tidak dapat ditumpaskan dengan berkesan tanpa upaya menghentikan isu kemiskinan, kurang akses terhadap rawatan perubatan, moraliti seksual juga hukuman mati.

Semua isu berkaitan kehidupan ini saling kena mengena. Masalah ini tidak muncul sendirian. Pengguguran berlaku akibat kemiskinan, kurang sokongan daripada mana-mana ideologi liberal. Oleh itu, perjuangan menentang pengguguran juga harus melibatkan isu-isu penyelesaian kemiskinan dan menyokong wanita-wanita hamil.

Begitu juga dengan hukuman mati, kerana menerima hukuman mati, dalam cara lain, masyarakat membolehkan pembunuhan melalui pengguguran bayi. Moraliti seksual juga harus ditangani kerana pengguguran merupakan hasil daripada perbuatan dua produk masyarakat iaitu dua orang yang tidak berkahwin tetapi melakukan seks dengan satu sama lain.

Semua masalah ini adalah dalam satu bahagian besar dan mana-mana usaha menentang pengguguran yang gagal mengenal perspektif lebih besar iaitu takrif sebenar Pro- Hidup, akan menyebabkan ramai orang yang ikhlas tidak dapat menyokong kumpulan-kumpulan anti pengguguran.

Begitu juga bagi kita yang prihatin dengan isu-isu kemiskinan, penjagaan kesihatan, hukuman mati, krisis ekologi, perang, perkauman, ketagihan seks dan hak LGBT, perlu menerima bahawa semua isu ini tidak dapat ditangani dengan berkesan jika isu pengguguran bayi tidak diselesaikan.

Ditegaskan bahawa kaitan semua masalah ini bukan hanya mistikal tetapi empirikal. Gagal untuk menjadi peka terhadap mereka yang lemah dan tidak terdaya dalam salah satu masalah di atas, boleh membawa risiko kepada pegangan moral seseorang.

Sesungguhnya kita harus menyokong dan berusaha untuk menyelesaikan setiap isu kerana semuanya melibatkan orang yang lemah dan tidak terdaya, termasuk bayi yang belum lahir.

Semua masalah itu adalah dalam satu bahagian. Tidak bahagian yang terkecuali, maka menentang perlindungan terhadap bayi belum lahir bukan sahaja bertentangan dengan agenda utama keadilan sosial tetapi mungkin, lebih jauh daripada itu. Mengabaikan salah satu isu kemanusiaan boleh menyebabkan sokongan ideologi liberal dan partiparti politik sekutunya terjejas, di mana ramai orang yang ikhlas juga akan menarik balik sokongan mereka.

Sudah tentu, jelas bahawa tidak ada orang yang meminta kita untuk memberikan tenaga saksama dalam menghadapi semua isu keadilan di dunia ini.

Menerima hakikat bahawa tidak ada satu isu kehidupan pun yang boleh dipisahkan antara satu sama lain, tidak seharusnya menghalang kita daripada bekerja dalam satu isu atau isu lain. Tetapi, mengenal setiap isu ini sebagai satu bahagian bermakna, ia menuntut kita untuk mengenal bahawa, walau pun isu lain sangat penting, walaupun kita tidak memperoleh keputusannya dalam hitam putih, semua isu ini tidak boleh dikendalikan hanya dengan satu ideologi, satu pendapat politik atau agama. Kita harus sentiasa peka akan keseluruhannya, melihatnya dalam gambar rajah besar dan hubungan rumit antara semua isu sosial ini.

Dan, tidak kurang pentingnya, kita juga harus merendahkan diri dan peka akan moral kita yang tidak konsisten.

Dalam kehidupan ini, pegangan moral kita akan selalu tidak konsisten oleh itu kita harus memaafkan diri sendiri kerana kita tidak sempurna, bahawa kita akan dapat menjadi seorang yang konsisten sepenuhnya.

Semua isu yang berkaitan dengan keadilan dan keamanan, adalah serangkaian, saling ada hubung kait, seperti selembar kain tidak berjahit Yesus, satu tubuh atau korpus moral, sehelai jubah tidak berjahit dan seperti askar-askar yang membuang undi terhadap jubah Yesus, kita seharusnya bersikap ragu untuk mengoyakkan jubah itu kepada serpihan-serpihan kecil.--Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2017

Total Comments:0

Name
Email
Comments