Semangat doa Sta Clara mempersatukan kepelbagaian wajah di dunia

Keuskupan Keningau secara rasminya menerima kedatangan satu lagi kongregasi religius, Kongregasi Poor Clare Sister pada 12 Sept 2019.

Jul 31, 2020

KENINGAU: Keuskupan Keningau secara rasminya menerima kedatangan satu lagi kongregasi religius, Kongregasi Poor Clare Sister pada 12 Sept 2019.

Pada 11 Ogos ini, mereka akan mengadakan Misa Kudus kesyukuran pada jam 6.00 petang di RRKKT sempena Hari Santa Clare dengan tema Perayaan: “St.Clare’s Spirit of Prayer unifies the different faces of the earth”.

Kongregasi Poor Clare Sister telah  hampir setahun bertapak di Keuskupan Keningau. Mereka merupakan kongregasi kontemplatif atau melayani dengan berdoa sepenuh masa. Buat sementara, mereka tinggal dan melayani di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal.

Mengimbas kembali homili Uskup Cornelius pada Sept, 2019, semasa memperkenalkan Kongregasi St Clare Sisters kepada umat, antara lain mengatakan, “Saya bersama paderi di Keusku pan Keningau telah bersetuju untuk menjemput kongregasi ini kerana perlunya pendoa di Keuskupan Keningau.

“Perlunya ada kongregasi kontemplatif ini untuk membantu menyedari Tuhan itu hadir, gereja dan keuskupan kita sangat memerlukan sokongan doa. Selain itu, dunia sekarang semakin tidak peduli akan kehadiran Tuhan, kongregasi ini bersaksi bahawa Tuhan hidup dan hadir di tengah-tengah kita.”  Semangat

Total Comments:0

Name
Email
Comments