Semata-mata keadilan, itulah yang kau kejar

Sri Paus Fransiskus bersama para pemimpin Kristian lain membuka Minggu Doa Sedunia untuk Kesatuan Umat Kristian yang merupakan program bersama setiap tahun di mana ia diisi dengan Perayaan dan Doa Bersama malam hari di Basilika Santo Paulus di Luar Tembok, 18 Januari 2019.

Jan 25, 2019

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus bersama para pemimpin Kristian lain membuka Minggu Doa Sedunia untuk Kesatuan Umat Kristian yang merupakan program bersama setiap tahun di mana ia diisi dengan Perayaan dan Doa Bersama malam hari di Basilika Santo Paulus di Luar Tembok, 18 Januari 2019.

Perayaan bersama yang membuka minggu doa itu adalah simbol persatuan dan pengakuan yang kuat bahawa denominasi-denominasi Kristian berada di jalan menuju kesatuan dan semakin dekat dalam doktrin.

Tema Minggu Doa tahun ini, yang secara tradisional dirayakan pada 18 hingga 25 Januari adalah “Sematamata keadilan, itulah yang harus kau kejar” (bdk Ul 16:18-20).

Sebelum itu, dalam Audiensi Umum 16 Januari, Sri Paus mengatakan, “Sekali lagi, tahun ini kita dipanggil untuk berdoa agar semua umat Kristian dapat kembali lagi menjadi satu keluarga, sesuai kehendak Tuhan ‘supaya mereka semua menjadi satu’.”

Menurut Sri Paus “ekumene bukan opsyen” sebaliknya ia bertujuan “mengembangkan kesaksian bersama dan konsisten yang meningkatkan sokongan dan keadilan sejati bagi orang-orang terlemah melalui tindak balas kita yang konkrit, tepat dan efektif.”

Sangti Papa menegaskan, “Dalam mengikuti teladan Kristus, kita harus berusaha membantu mereka yang lemah. Bersolidariti dan berkongsi tanggungjawab harus ada dalam diri keluarga Kristian!”

Perayaan di basilika Santo Paulus di Luar Tembok itu dihadiri ramai kumpulan pelbagai iman yang menjadikan ekumene sebagai bahagian penting dalam misi mereka. Di antara kumpulan-kumpulan ekumene yang menyertai program itu ialah Institut Ekumenis Bossey dengan 28 mahasiswa dari pelbagai spektrum Kristian dan dari seluruh dunia.

Daniel Reffner, calon pelayan tertahbis untuk United Methodist dari Amerika Syarikat, mengongsikan pengalamannya mempelajari ekumene di Bossey dan tentang bagaimana ekumene telah mengubah perspektifnya.

“Kami hidup bersama di Swiss, iaitu di utara Geneva. Kami belajar bersama selama lima bulan, belajar tentang sejarah gerakan ekumene dan bagaimana melanjutkannya di tengahtengah perbezaan budaya dan latar belakang agama.”

Daniel berharap pembinaan ekumene itu membina dirinya menjadi seseorang yang mampu menempatkan diri dalam isu-isu kontroversial atau tempat-tempat kontroversial dan “menjadi orang yang dapat menyatukan orang, bukan menghidupkan polarisasi yang sering kita lihat.”

Daniel percaya Minggu Doa ini penting kerana “itulah simbol dari hati ekumene,” menyatukan orang-orang tanpa memandang latar belakang mereka yang berbeza. “Meskipun kita tidak sepakat dalam segala hal, yang sungguh penting bagi saksi Kristian untuk menunjukkan tanda-tanda persatuan.”

Secara peribadi, Daniel merasa penting kerana dia adalah bahagian dari “yang mencari persatuan itu bersama 28 orang lain yang bersama mengikuti program ini, dari latar belakang berbeza dan kepercayaan berbea-beza dalam beberapa doktrin Kristian; namun kami percaya bahawa penting bagi kami menjalin hubungan, baik untuk satu sama lain mahupun untuk cinta kita kepada Tuhan.” — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments