Semata-mata keadilan itulah yang kau kejar ...

Minggu Berdoa untuk Kesatuan Kristian 2019 telah dirayakan pada 18-25 Januari lalu. Pada tahun ini, ia menampilkan tema, “Sematamata keadilan, itulah yang harus kau kejar …. (Ulangan 16: 18-20).

Mar 15, 2019

SEREMBAN: Minggu Berdoa untuk Kesatuan Kristian 2019 telah dirayakan pada 18-25 Januari lalu. Pada tahun ini, ia menampilkan tema, “Sematamata keadilan, itulah yang harus kau kejar …. (Ulangan 16: 18-20).

Minggu Doa bagi Kesatuan Kristian merupakan minggu di mana semua penganut Kristian di dunia, berhimpun bersama, menghadiri perayaan ekumenikal dan ibadat doa untuk berdoa bagi kesatuan.

Di Seremban, para pemimpin dan umat dari pelbagai denominasi Gereja, berkumpul bersama pada 25 Januari untuk menghadiri ibadat doa di Gereja Wesley Methodist.

Lebih 200 orang umat menghadiri acara ini. Perwakilan dari Gereja Katolik The Visitation diketuai oleh Paderi Paroki, Fr George Harrison dan pembantunya, Fr Xavier Andrew. Turut menyertai ibadat doa ekumenikal ini ialah Fr Eugene Benedict, Paderi Paroki Gereja St Theresa, Nilai. Penceramah jemputan ialah Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Hermen Shastri.

Ibadat Doa bermula pada jam 8.00 malam, dimulakan dengan lagu pembukaan, Ibadat Tobat, Mazmur dan homili yang disampaikan oleh Dr Hermen yang menyentuh tentang keadilan, kesatuan dan belas kasihan. Dr Hermen juga menyeru agar semua pemimpin gama untuk melangkaui sempadan bagi mengongsikan Khabar Gembira dan melakukan kebaikan.

Selepas homili, para pemimpin dijemput untuk meletakkan kad bertulis permohonan doa di dalam sebuah bakul untuk dipersembahkan ke altar.

Ini diikuti dengan ucapan Syahadat. Selepas Doa Bapa Kami dan lagu penutup, Fr George yang diiringi oleh pemimpin Gereja yang lain, memberikan berkat penutup.

Selepas Ibadat Doa, semua pemimpin Gereja diraikan dalam sebuah majlis persaudaraan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments