Seminarian David Gasikol bakal Diakon 25 Feb

Seminarian David Richard Gasikol telah diterima oleh Uskup Cornelius Piong untuk ditahbis menjadi diakon pada 25 Febuari 2018 (Ahad).

Feb 09, 2018

KENINGAU: Seminarian David Richard Gasikol telah diterima oleh Uskup Cornelius Piong untuk ditahbis menjadi diakon pada 25 Febuari 2018 (Ahad). Pentahbisan ini akan berlansung di Katedral St Francis Xavier, jam 4.00 petang.

Memilih “Kita mengasihi kerana Tuhan lebih dahulu mengasihi kita” (1 Yoh 4:19), Semarian David dilahirkan pada 29 Jun 1985 di Kg Kovosion, Sook.

Anak kepada pasangan Richard Gasikol Lambunau dan Norah Mohidou ini merupakan anak keenam dari tujuh bersaudara. College:

Bekas penuntut Azam Pandan Institute of Hospitality, Mont Kiara, Kuala Lumpur (2005-2008), Sem. David pernah bekerja sebagai cef di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara dan Shangri La Rasa Ria, Sabah sebelum memasuki Aspirancy di Pusat Keuskupan Agung KK pada 1 Feb 2010.

David memulakan Tahun Inisiasi 2011 dan meneruskan pembentukan sebagai Paderi di St Peter’s College Kuching pada tahun 2012.

Total Comments:0

Name
Email
Comments