Semua dipanggil berdoa untuk kemanusiaan pada 14 Mei 2020

Pada 14 Mei, “setiap orang di mana pun mereka berada, tidak kira apa pun ajaran agama, iman atau sekte mereka dipanggil untuk berpaling kepada Tuhan, memohon bantuan Tuhan mengilhami para saintis bagi mencari penawar yang dapat mengakhiri pandemic ini, agar seluruh dunia, kesihatan, ekonomi dan manusia selamat dari wabak serius ini.”

May 09, 2020

VATIKAN: Pada 14 Mei, “setiap orang di mana pun mereka berada, tidak kira apa pun ajaran agama, iman atau sekte mereka dipanggil untuk berpaling kepada Tuhan, memohon bantuan Tuhan mengilhami para saintis bagi mencari penawar yang dapat mengakhiri pandemic ini, agar seluruh dunia, kesihatan, ekonomi dan manusia selamat dari wabak serius ini.”

Jawatan Kuasa Tinggi untuk Persau daraan Manusia mencadangkan perkara di atas, kepada saudara dan saudari kita yang percaya kepada Tuhan Pencipta; kepada saudara-saudari kita dalam kemanusiaan di mana sahaja “pada ketika ini” di mana dunia kita sedang menghadapi bahaya serius yang mengancam nyawa berjuta-juta orang.”

Sri Paus Fransiskus turut  menyertai rayuan ini.

“Dalam kita mengakui peranan penting  perubatan dan penyelidikan ilmiah dalam memerangi pandemik ini, kita tidak boleh lupa untuk berlindung kepada Tuhan, Yang Maha Pencipta. Oleh itu, kami menyeru semua orang di seluruh dunia untuk melakukan perbuatan baik, berpuasa dan berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk mengakhiri wabak ini.”

“Jawatankuasa Tinggi dibentuk pada bulan Ogos yang lalu untuk mencapai objektif  Dokumen tentang Persaudaraan Manusia, yang ditandatangani pada 4 Februari 2019 oleh Sri Paus Fransiskus dan Imam Besar Al-Azhar, Ahmed al-Tayyeb. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Kardinal Miguel Angel Ayuso Guixot, presiden Majlis Kepausan untuk Dialog Antara Agama, ia terdiri dari para pemimpin agama, cendekiawan dan pendukung budaya dari seluruh dunia, Kristian, Muslim dan Yahudi.” --Asianews

Total Comments:0

Name
Email
Comments