Serangan terhadap keharmonian antara agama, ancaman genting kepada dunia

Persidangan ini sangat penting dan saya lihat dinamisme yang amat diperlukan untuk menangani ancaman paling genting di dunia — serangan ke atas keharmonian antara iman, gangguan terhadap semangat saling menghormati dan cuba memecahkan kepercayaan.

Jul 12, 2019

SINGAPURA: Persidangan ini sangat penting dan saya lihat dinamisme yang amat diperlukan untuk menangani ancaman paling genting di dunia — serangan ke atas keharmonian antara iman, gangguan terhadap semangat saling menghormati dan cuba memecahkan kepercayaan.

Raja Abdullah II Yordan berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersepadu (ICCS) yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City, 20 Jun.

“Setiap cabaran global dalam abad ke-21 ini menuntut kita menentang kebencian dan cuba memecah-belahkan kita," kata Raja Abdullah II. Dalam ucapannya, Raja Abdullah II berkata pertumbuhan ekonomi, perdamaian, melindungi alam sekitar, keselamatan global, peluang inklusif — di mana semua matlamat penting ini memerlukan kita saling berganding bahu, bergabung kekuatan dan kerjasama demi kebaikan bersama.”

Raja Abdullah menyatakan bahawa serangan maut terhadap rumah-rumah ibadat di Christchurch dan Sri Lanka dan serangan pengganas yang berlaku di seluruh dunia menunjukkan kejahatan yang dilakukan oleh ekstremis untuk memecah-belahkan kita.

Beliau berkata, “Tetapi kita mesti melihat dan menyedari bahawa kita memiliki kuasa besar iaitu sebagai sebuah dunia yang bersatu, untuk mengalahkan kejahatan-kejahatan ini dan menjamin masa depan rakyat.”

Turut hadir ialah Presiden Halimah Yacob yang merasmikan Konferensi pada 19 Jun. Raja Abdullah menegaskan bahawa sebahagian besar orang di bumi adalah anggota masyarakat rohani di mana, “Setiap masyarakat beriman mempunyai tradisi dan kepercayaannya sendiri.”

Katanya meskipun ada pelbagai agama di dunia tetapi ia persamaan yang ketara iaitu perintah untuk menunjukkan belas kasihan dan menghormati orang lain.

Dia berkata bahawa perintah untuk “mencintai tetangga, tidak mementingkan diri dan untuk mencapai apa sahaja yang kita mahu, hanya akan tercapai melalui kebersamaan atau keterbukaan terhadap sesama.

Pemimpin Yordan itu kemudiannya memberi dua contoh inisiatif Yordan yang memberi inspirasi positif di seluruh dunia iaitu Pesan Amman dan A Common Word. Pesan Amman ialah memperjuangkan keamanan dan keharmonian manakala A Common Word pula memanfaatkan alat-alat dunia moden untuk menggalakkan dialog yang menumbuhkan semangat saling menghormati.

"Jika golongan pelampau menggunakan teknologi untuk merekrut ahli-ahli baru atau menyebarkan kebencian, golongan yang berfahaman sederhana juga harus memanfaatkan ruang siber bagi menyebarkan maklumat yang benar serta menggalakkan dialog. Kita harus melakukan yang lebih baik khususnya dalam menangani dua tragedi yang berlaku barubaru ini.

Raja Abdullah juga menjelaskan mengenai Proses Aqaba yang dimulakan pada tahun 2015 yang mengendalikan sentimen- sentimen kebencian di mana sahaja ia dicetuskan. “Dialog antara kerajaan, masyarakat sivil dan sektor teknologi telah sering dianjurkan dan kini, kami sedang melihat hasil yang baik,” ujar beliau.

Menurut Raja Abdullah kita semua boleh melakukan dengan lebih baik apabila kita berdialog dan bekerja secara kolektif. Beliau berkata penyelesaian bukan semata-mata terletak pada kerajaan dan syarikat besar. Malah, pada masa kini, Internet adalah milik kita untuk dimanfaatkan sebaik mungkin dalam menangani ekstremisme.

Tegasnya, “Lelaki muda dan wanita mempunyai peranan penting dalam bercakap di laman media sosial dan rangkaian sosial, dan menggunakan bakat mereka dalam menggalakkan persefahaman dan harapan bersama.”

Raja Abdullah II mengajak semua hadirin agar mengambil komitmen jangka-panjang, bagi menangani cabaran-cabaran sosial itu, secara bersama.panjang kerana ancaman yang dihadapi adalah rumit dan berkembang.

“Komitmen ini memerlukan pendekatan holistik yang menangani keselamatan dan juga isu-isu yang ekstremis,” katanya. “Dan ini bermakna melabur dalam pembangunan inklusif, lestari, supaya semua orang-terutamanya golongan muda-boleh berkongsi peluang, melawan ideologi berpecah- belah, dan kemudian menanggapi krisis pelarian dunia yang belum pernah terjadi sebelumnya.”

Raja Abdullah menyeru penyelesaian konflik, terutamanya krisis teras terutama konflik Palestin-Israel yang telah membangkitkan perselisihan dan radikalisme global.

“Kita semua memerlukan keamanan yang berkekalan, memenuhi keperluan kedua-dua belah pihak: Negara Palestin yang berdaya maju, berdikari dan berdaulat, pada tahun 1967, dengan Yerusalem Timur sebagai ibu kota, tetapi hidup bersebelahan dengan Israel, secara damai dan aman,” katanya.

Beliau berkata kita mesti menjaga Yerusalem, kota suci kepada berbilion orang di seluruh dunia. Yerusalem haruslah, kota damai yang menyatukan.

Mengakhiri ucapannya, Raja Abdullah berkata, “Orang ramai pada masa kini bercakap tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai budaya.

Kebenarannya adalah kita semua adalah sebahagian daripada masyarakat yang hebat, dan pelbagai budaya.” Oleh itu, karya anda di sini,dengan bekerjasama, dan menggembleng tenaga demi kebaikan bersama , dapat membantu semua perjuangan dan usaha damai manusia di seluruh bumi. — Vincent d’Silva, terjemahan

Total Comments:0

Name
Email
Comments