Sering Keliru: Bonda Maria “Diangkat ke Syurga”, Bukan “Naik ke Syurga

Dogma Maria diangkat ke syurga menegaskan bahawa Bonda Maria, setelah mengakhiri hidupnya di dunia ini, terangkat ke syurga sama seperti Henokh, Elia, dan mungkin beberapa yang lain lagi.

May 23, 2020

Dogma Maria diangkat ke syurga menegaskan bahawa Bonda Maria, setelah mengakhiri hidupnya di dunia ini, terangkat ke syurga sama seperti Henokh, Elia, dan mungkin beberapa yang lain lagi.

Sri Paus Pis XII, dalam Munificentissimus Deus (1950), menegaskan bahawa: “Maria, Bonda Tuhan yang tak bernoda dan Bonda Tuhan yang tetap perawan, setelah selesai hidupnya di dunia, diangkat tubuh dan jiwanya ke dalam kemuliaan syurgawi”.

Lalu, apakah Bonda Maria melalui proses kematian terlebih dahulu atau langsung begitu sahaja terangkat ke syurga?

Gereja memang tidak pernah secara formal menyebut Bonda Maria meninggal dunia atau tidak, tetapi konsensus umum menyebut bahawa dia memang mati terlebih dahulu sebelum tubuh dan jiwanya diangkat  oleh Tuhan ke dalam kemuliaan syurgawi.

Frasa ‘setelah selesai hidupnya di dunia’ dalam ensiklik Munificentissimus Deus secara implisit mengisyaratkan tentang kematian Bonda Maria itu. 

Sebagai tambahan, Dr. H. Pidyarto, O. Carm dalam bukunya, ‘Mempertanggungjawabkan Iman Katolik’, menyebut bahawa Maria memang meninggal juga (seperti halnya Yesus), meski tidak mengenal dosa, tetapi seperti Yesus juga, dia segera dibangkitkan dengan jiwa dan badannya untuk mulia bersama Puteranya di syurga (lih. Pidyarto, H. hlm. 166167).

Begitu juga yang dialami oleh semua orang yang akan diselamatkan oleh Yesus Kristus. Bezanya, Maria, langsung mengikuti Yesus Puteranya dan mendahului semua manusia lain, telah menikmati kepenuhan kes elamatan yang dikerjakan oleh Yesus Kristus, iaitu mulia dengan jiwa dan badan di syurga.

Dan, perlu kita sedari bahawa hak istimewa ini dimiliki oleh Bonda Maria kerana ia dipersatukan secara erat dengan karya penebusan Puteranya.

Selama ini kita sedikit gagal memahami pengangkatan Maria ke syurga. Ramai di antara kita mencampuradukkan antara pemahaman tentang ‘Yesus naik ke syurga’ dengan ‘Maria diangkat ke syurga’.

Kita mengira bahawa kedua-dua istilah atau kata itu (‘naik’ dan ‘diangkat’) sama sahaja; sehingga kadang-kadang pemakaiannya saling tukar.

Naik ke syurga bererti dengan kekuatan sendiri masuk ke dalam syurga; dan tidak seorang pun dapat naik ke syurga, kecuali Dia yang datang dari syurga, iaitu Anak Manusia (Yoh. 3:13). Hanya Yesus, Tuhan,  yang dapat naik syurga.

Sementara terangkat ke syurga bererti masuk ke syurga bukan atas kekuatan sendiri, melainkan kekuatan lain di luar dirinya. Maria disebut ‘terangkat ke syurga’, ertinya dia masuk ke dalam syurga bukan kerana kekuatannya sendiri melainkan kerana kuasa Tuhan.

Gara-gara gagal faham terhadap kedua-dua kata itu, beberapa orang mengira bahawa orang Katolik percaya Maria ‘naik ke syurga’.

Padahal, itu sama sekali tidak benar. Kristus, dengan kekuatannya sendiri, naik ke syurga (Inggeris: ascension); sedangkan Maria diangkat ke syurga oleh Tuhan (Inggeris: assumption). Maria tidak melakukan itu dengan kekuatannya sendiri, tetapi atas kehendak dan kuasa Tuhan semata. Tuhanlah yang mengangkat Maria ke syurga. --Disadur dari pelbagai sumber

Total Comments:0

Name
Email
Comments