SMK Konven St Cecilia wakili pertandingan Kuiz Bible Knowledge kali ke-empat peringkat kebangsaan

Dua pasukan daripada SMK Konven St. Cecilia, Sandakan telah mewakili Sabah dalam Pertandingan Kuiz Bible Knowledge SPM.

Sep 12, 2020

SANDAKAN: Dua pasukan daripada SMK Konven St. Cecilia, Sandakan telah mewakili Sabah dalam Pertandingan Kuiz Bible Knowledge SPM.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, kuiz kali ini telah dijalankan melalui online. Di peringkat negeri Sabah, dua pasukan ini telah mendapat tempat pertama dan kedua. Penglibatan SMK Konven St. Cecilia ke peringkat kebangsaan merupakan kali ke-4 berturut-turut sejak tahun 2017.

Program Kuiz Bible Knowledge SPM merupakan anjuran Malayan Christian Schools’ Council. Program melalui atas talian ini telah bermula sejak 27 Jun dan berakhir pada 1 Ogos 2020 (Peringkat Kebangsaan). Difahamkan bahawa seramai 2,322 peserta di seluruh negara telah menyertai kuiz atas talian susulan pandemik Covid-19.

Hasil keputusan di peringkat Kebangsaan, dua pasukan tersebut telah meraih tempat ke-4 dan tempat ke-6 daripada 13 pasukan di seluruh negara. Ini merupakan  satu pencapaian terbaik sejak tahun 2017. Pasukan yang mendapat tempat ke-4 diwakili oleh Evelyn Aguinaldo dan Yvonne Isabel Chong. Manakala pasukan yang mendapat tempat ke-6 diwakili oleh Starr Hiew dan Crissy Albert Liow.

Di peringkat Sandakan, para pelajar yang menduduki kuiz Bible Knowledge sejak 27 Jun lalu dan mencapai prestasi terbaik tel ah mendapat insentif penghargaan daripada Ketua Bahagian UPKO Libaran juga Majlis Tertinggi UPKO Malaysia, Dr. Peter Jr. Naintain. Menurut beliau, penghargaan ini adalah sebagai penyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar terutamanya yang mengambil subjek Bible Knowledge dalam SPM.

Selain kedua-dua pasukan peringkat  akhir mendapat insentif, Dr. Peter turut memberi penghargaan kepada seramai 21 pelajar lain yang mewakili empat sekolah Mission di Sandakan iaitu SM St. Mary, SM St. Cecilia, SM Sung Siew, dan SM St. Michael. Seorang daripada peserta tersebut ialah dari Gereja Anglican Indah, Sandakan.

Majlis penghargaan telah disampaikan pada 12 Ogos 2020 di SM St. Mary, Sandakan. ––Jamini Francis

Total Comments:0

Name
Email
Comments