Sri Paus Fransiskus bakal tandatangan ensiklik baru, Fratelli Tutti (Semua Saudara)

Sri Paus Fransiskus akan ke Assisi pada 3 Oktober untuk menandatangani ensiklik mengenai tanggungjawab sosial, politik dan ekonomi yang berasal dari kepercayaan bahawa semua orang adalah anak-anak Tuhan dan oleh itu merupakan saudara-saudari antara satu dengan yang lain.

Sep 12, 2020

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus akan ke Assisi pada 3 Oktober untuk menandatangani ensiklik mengenai tanggungjawab sosial, politik dan ekonomi yang berasal dari kepercayaan bahawa semua orang adalah anak-anak Tuhan dan oleh itu merupakan saudara-saudari antara satu dengan yang lain.

Pejabat akhbar Vatikan, yang mengesahkan perjalanan Sri Paus, mengatakan dokumen itu akan bertajuk Fratelli Tutti  dalam bahasa Itali atau “Semuaa Saudara.”

Fr Mauro Gambetti, penjaga biara Assisi, mengatakan dokumen itu “akan menunjukkan kepada dunia gaya untuk masa depan dan akan memberikan tanggungjawab kepada gereja dan orang-orang baik untuk membangunnya bersama.”

Fransiskus dijadualkan tiba di biara Assisi pada jam 3.00 petang untuk merayakan Misa di makam St Francis dan menan datangani dokumen tersebut.

Kerana pandemik COVID-19, lawatan Misa dan lawatan Sri Paus yang lain adalah tertutup, kata pejabat akhbar Vatikan.

Ensiklik itu diharapkan dapat menggema banyak tema yang telah dibincangkan oleh Fransiskus dalam sesi audiensi beliau bersama umat, khususnya mengenai ajaran sosial Katolik di tengah-tengah pandemik, persaudaraan manusia, martabat yang setara dengan semua orang, pilihan  istimewa untuk orang miskin, migran,  keharusan dan kewajipan untuk bersolidariti.

Kepedulian terhadap alam sekitar dan kebaikan perdamaian juga diharapkan dapat menjadi sebahagian dari ensiklik.

Setelah Sri Paus  menandatangani dokumen pada malam perayaan St Fransiskus, teks tersebut diharapkan dapat diterbitkan dalam pelbagai bahasa pada minggu pertama bulan Oktober. ––CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments