Sri Paus Fransiskus dan Raja Mohammed VI tandatangan Deklarasi Yerusalem

Pada hari pertama lawatannya ke Morocco, Sri Paus Fransiskus menyertai Raja Mohammed VI dalam menandatangani deklarasi Yerusalem, memanggilnya sebagai “warisan bersama manusia.”

Apr 04, 2019

RABAT, Morocco: Pada hari pertama lawatannya ke Morocco, Sri Paus Fransiskus menyertai Raja Mohammed VI dalam menandatangani deklarasi Yerusalem, memanggilnya sebagai “warisan bersama manusia.”

Tidak lama selepas ketibaannya di Rabat pada 30 Mac, iaitu selepas acara sambutan rasmi dan ucapan, Sri Paus Fransiskus menandatangani deklarasi penting itu bersama bersama Raja Mohammed VI dari Morocco.

Deklarasi itu mengiktiraf “keunikan dan kesucian Yerusalem”, dan menyeru agar kota itu dipelihara sebagai “warisan umum manusia dan terutama untuk tiga penganut agama monoteistik — Islam, Kristian dan Yahudi — sebagai tempat pertemuan dan simbol kebebasan hidup bersama, di mana penghormatan dan dialog dipupuk.”

Untuk tujuan ini mereka meminta “sifat-sifat kepelbagaian agama, dimensi rohani, dan identiti kebudayaan yang luar biasa dari Yerusalem / AlQuds Acharif mesti dipelihara dan dipromosikan.

“Harapan kami, di Kota Suci, kebebasan penuh akses kepada pengikut ketiga-tiga agama monoteistik dan hak mereka untuk beribadah akan dijamin, agar di Yerusalem / Al-Quds Acharif mereka boleh memanjatkan doa mereka kepada Tuhan, Pencipta semua, untuk masa depan keamanan dan persaudaraan di bumi. Yerusalem: Kota untuk Semua.” — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments