Sri Paus Fransiskus ingatkan agar tidak mengubah krisis menjadi konflik

Sri Paus Fransiskus dalam pertemuan baru-baru ini mengingatkan agar sesiapa pun tidak mengubah krisis, terutama semasa pandemik virus corona, menjadi konflik yang dapat menciptakan perselisihan dan permusuhan.

Dec 24, 2020

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus dalam pertemuan baru-baru ini mengingatkan agar sesiapa pun tidak mengubah krisis, terutama semasa pandemik virus corona, menjadi konflik yang dapat menciptakan perselisihan dan permusuhan.

Berbicara di hadapan Kuria Roma pada 21 Disember, Sri Paus  mengatakan bahawa krisis “dapat mendatangkan manfaat bagi kita semua” jika digunakan sebagai kesempatan untuk pertobatan.

Uskup Roma itu menggambarkan pandemik sebagai “masa pencubaan dan ujian, dan juga merupakan peluang besar untuk pertobatan dan pembaharuan diri.”

“Refleks tentang krisis ini mengingatkan kita agar tidak tergesagesa menghakimi Gereja berdasarkan krisis yang disebabkan oleh  skandal masa lalu dan sekarang,” katanya kepada Kuria, yang terdiri dari badan-badan pentadbiran Takhta Suci.

Sri Paus mengatakan bahawa dalam organisasi utama yang men guruskan pentadbiran Gereja Katolik, ada ramai orang yang dengan “pekerjaannya yang bijaksana, sederhana, setia, jujur, dan profesional,” menjadi saksi hidup atas fakta bahawa Tuhan tidak pernah meninggalkan umatnya.

“Satu-satunya perbezaan adalah semua masalah akhirnya muncul di dada-dada akhbar manakala tandatanda harapan baharu diberitakan kemudian, itu pun jika ada,” katanya.

“Kerana itu, kita harus menemukan kembali keberanian dan kerendahan hati untuk mengakui bahawa masa krisis adalah masa Roh, yang harus dilihat dalam terang Injil,” kata Sri Paus Fransiskus.

“Saya meminta anda untuk tidak mengacaukan krisis dengan konflik,” kata Sri Paus lagi. 

“Krisis umumnya memiliki hasil yang positif, sedangkan konflik selalu menimbulkan perselisihan dan persaingan, suatu antagonisme yang tampaknya tidak dapat didamaikan, yang memisahkan orang menjadi teman yang harus dikasihi dan musuh untuk dilawan,” katanya.

Sri Paus Fransiskus mengatakan konflik selalu mencuba menemukan pihak yang salah untuk dicemuh dan dipinggirkan,  dan pihak yang benar untuk dibela “sebagai cara untuk mendorong perasaan atau mendorong orang lain merasakan situasi tertentu tidak ada hubungannya dengan kita.”

Sri Paus mengingatkan sikap elitis dan yang mempromosikan pola fikir sempit yang melemahkan kesejagatan misi kita.

Sri Paus mengatakan bahawa ketika Gereja dilihat dari segi konflik – kanan versus kiri, progresif versus tradisionalis – dia menjadi terfragmentasi dan terpolarisasi, yang berlawanan dan mengkhianati sifat aslinya.

Sri Paus Fransiskus mengatakan Gereja adalah “tubuh yang terus mengalami krisis, kerana dia hidup.”

“Dia tidak boleh menjadi tubuh yang penuh konflik, antara pemenang dan yang kecundang, kerana dengan cara ini dia akan menyebarkan ketakutan, menjadi lebih kaku dan kurang sinodal, serta memaksakan keseragaman yang jauh dari kekayaan dan kepelbagaian yang telah diberikan Roh kepada GerejaNya,” kata Sri Paus . — LiCAS. news

Total Comments:0

Name
Email
Comments