Sri Paus kepada belia: kita akan menang melalui kasih, dialog

Sri Paus Fransiskus menyeru kaum muda untuk mencari jati diri dengan melihat kebaikan, kebenaran dan keindahan mereka sebagai anak-anak Tuhan.

Oct 12, 2018

KOTA VATIKAN: Sri Paus Fransiskus menyeru kaum muda untuk mencari jati diri dengan melihat kebaikan, kebenaran dan keindahan mereka sebagai anak-anak Tuhan.

Pada 6 Oktober, selepas Fransiskus dan 250 uskup mendengar beberapa kesaksian daripada kaum muda, Sri Paus tersentuh dengan salah satu kesaksian anak muda yang menyebut kata “konsisten” dan mengakui kelemahan Gereja serta tidak menyalahkan belia apabila mereka kurang percaya kepada Gereja akibat klerikalisme.”

Bapa Suci berkata kepada kaum muda, “Jika anda seorang Kristian, berpeganglah pada Sabda Bahagia Yesus dan raktikkannya dalam kehidupan anda.” Sesi bersama kaum muda itu dianjurkan oleh Kongregasi bagi Pendidikan Katolik atau “Noi Per-Unici, solidali, creativi” di Dewan Paus Paulus VI.

Sinode para Uskup tentang belia, iman dan pendalaman panggilan sedang berlangsung di Vatikan pada 3-28 Oktober. Pre-sinode telah diadakan pada bulan Mac lalu di mana 300 orang belia telah menghadirinya di mana mereka telah menghasilkan sebuah dokumen dipanggil Instrumentum laboris.

Kemudian pada bulan Sept, dalam sebuah kenyataan akhbar, Sri Paus Fransiskus mahu bertemu dengan kaum muda sekali lagi pada 6 Oktober, seperti yang dilakukannya semasa pre-sinode tetapi kali ini bersamasama dengan Bapa Sinode, agar para uskup turut mendengar dan mempertimbangkan buah-buah pendapat kaum muda sebelum melakar dokumen terakhir sinode.

Uskup Roma itu berucap selepas mendengar kesaksiankesaksian secara langsung dan dalam bentuk video, termasuk kesaksian daripada seorang tahanan juvana di luar Roma.

Fransiskus menegaskan kuasa sejati ialah pelayanan dan kerendahan hati, tanpanya, ia hanya akan bersifat mementingkan diri, menguasai, menjadikan orang lain sebagai hamba dan tidak matang.

Prelatus itu menghimbau kaum muda yang hadir agar mengingati bahawa mereka adalah orang-orang yang bebas, tidak boleh dijual atau dibeli. Sri Paus mengingatkan kaum muda agar tidak diperhamba oleh idealogi koloni iaitu sifat menguasai dengan menjajah atau memperhamba orang lain.

Fransiskus juga menyebut tentang populisme iaitu sifat mendengar kumpulan tertentu sahaja, mengabaikan golongan minoriti serta mengeksploitasi manusia.

“Kita akan menang dengan menjangkau orang lain, dengan mengalu-alukan mereka, dengan berdialog, dengan kasih di mana ini semua akan membukakan semua pintu,” ujar Bapa Suci. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments