Sri Paus, Presiden Microsoft bincang etika dan kecerdasan buatan

Presiden Microsoft, Brad Smith, memberitahu Sri Paus Fransiskus bahawa “suara manusia” diperlukan untuk bercakap dalam dunia teknologi hari ini.

Feb 22, 2019

ROMA: Presiden Microsoft, Brad Smith, memberitahu Sri Paus Fransiskus bahawa “suara manusia” diperlukan untuk bercakap dalam dunia teknologi hari ini.

“Suara manusia seperti Gereja” dengan keluhuran dan kuasanya, ujar beliau, kepada Sri Paus Fransiskus, “amat kami hargai.

“Kami benar-benar rasai ini adalah masa kritikal pada masa kini,” ujar Smith kepada Bapa Suci .

Smith dan delegasi dari syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, bertemu dengan Bapa Suci pada 13 Februari untuk membincangkan sentraliti manusia dan keperluan etika dalam kecerdasan buatan.

Sepanjang pertemuan selama 30 minit di lobi kediaman Sri Paus itu, Smith “membincangkan topik kecerdasan buatan dalam perkhidmatan kebajikan dan kegiatan bersama yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital yang masih berterusan di peringkat global,” kata Alessandro Gisotti, pengarah interim pejabat akhbar Vatikan kepada para wartawan untuk siaran akhbar.

Smith dan presiden Akademi Kepausan untuk Kehidupan, Uskup Agung Vincenzo Paglia, juga memberitahu Sangti Papa bahawa mereka akan menaja anugerah untuk disertasi kedoktoran terbaik yang menulis topik kecerdasan buatan dan etika.

Pemohon yang layak akan membahaskan disertasi mereka dan menamatkan kedoktoran mereka antara 1 Sept, 2018 dan 30 Oktober 2019. Pemenang hadiah utama akan menerima sekitar $ 6,760 serta kad jemputan ke ibu pejabat Microsoft di Seattle, manakala pemenang tempat kedua akan menerima sekitar $ 4,510.

Pemenang juga akan dijemput untuk membentangkan tesisnya di dewan perwakilan akademi di Roma pada Februari 2020. Smith berkata beliau juga akan menghadiri mesyuarat akademi, yang akan didedikasikan untuk topik kecerdasan buatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akademi kepausan, Smith berkata bahawa dia menghargai “perbincangan yang memberi banyak maklumat dan mendalam” di antara beliau dengan Sri Paus dan pegawai-pegawai Vatikan mengenai cabaran dan peluang yang dapat disumbangkan oleh teknologi baru dan kecerdasan buatan.

“Kami semua kagum dengan sifat ingin tahu dan tenaga Sri Paus Fransiskus” dan teruja menanti hasil daripada dialog ini,” katanya.

“Di Microsoft, kami yakin bahawa kemajuan teknologi dapat meningkatkan kemungkinan membuka kunci penyelesaian kepada beberapa cabaran terbesar di dunia,” tetapi, katanya, jalan baru itu juga memerlukan pemikiran tentang garis panduan etika.

Dalam temu bual dengan akhbar Vatican, L’Osservatore Romano, Smith berkata setiap instrumen boleh menjadi senjata di tangan yang salah jika orang tidak dapat berkumpul bersama dan mengikuti teknologi.

“Kami memerlukan prinsip etika yang kuat, undang-undang baru yang berkembang, orang yang dididik dengan kemahiran baru dan juga pembaharuan dalam pasaran buruh,” katanya.

Teknologi mesti sentiasa berkhidmat kepada orang ramai, membantu “meningkatkan potensi setiap orang di bumi,” katanya. — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments