Sri Paus seru umat bina palungan Natal

Kandang Natal adalah peringatan mudah akan sesuatu yang sangat indah dan mengkagumkan: Tuhan menjadi manusia untuk mengungkapkan keagungan cinta-Nya dengan tersenyum dan membuka tangan-Nya kepada semua oran," kata Sri Paus Fransiskus dalam satu surat tentang makna dan kepentingan membina kandang Natal.

Dec 06, 2019

Vatikan: Kandang Natal adalah peringatan mudah akan sesuatu yang sangat indah dan mengkagumkan: Tuhan menjadi manusia untuk mengungkapkan keagungan cinta-Nya dengan tersenyum dan membuka tangan-Nya kepada semua oran," kata Sri Paus Fransiskus dalam satu surat tentang makna dan kepentingan membina kandang Natal.

"Di mana pun, dan apa pun bentuknya, palungan Natal, ia berbicara kepada kita tentang cinta Tuhan yang menjadi bayi agar kita merasai kedekatan-Nya kepada setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak, tanpa mengira keadaan mereka," kata Sri Paus dalam surat apostoliknya, Admirabile Signum (Imej Menawan).

Sri Paus Fransiskus menandatangani surat pendek pada 1 Disember, Hari Minggu pertama Adven, semasa kunjungannya ke Greccio, Itali, di mana Sto Fransiskus dari Assisi membina Kandang Natal pertama pada tahun 1223.

Apabila Sto Fransiskus membina sebuah gua yang diisi dengan palungan berisi jerami, seekor lembu dan keldai - meskipun tidak ada patung, pelakon atau bayi, - tetapi orang kudus itu telah melakukan kerja penginjilan yang hebat dan ini harus diteruskan oleh umat pada hari ini," kata Bapa Suci.

Melalui surat itu, Bapa Suci menggalakkan keluarga memulakan dan meneruskan  budaya indah membina kandang Natal  sebelum hari Natal, bukan sahaja dalam keluarga, tetapi di sekolah, hospital, penjara dan di pusat-pusat bandar. Walaupun hanya binaan kandang Natal yang sederhana tetapi pesannya amat indah  dan besar iaitu kasih Tuhan yang amat lembut, luar biasa, Sang Pencipta kita merendahkan diri-Nya untuk berada di tengah-tengah kita."

Palungan itu juga akan mengingatkan kita fakta dan hakikat bahawa Bayi itu adalah "sumber dan rezeki sepanjang hidup.

Di dalam Yesus, Bapa Syurgawi telah memberi kita seorang saudara yang datang untuk mencari kita apabila kita keliru atau hilang, kawan setia yang sentiasa di pihak kita. Dia memberikan kita anak-Nya yang pengampun dan membebaskan kita dari dosa-dosa kita."

Keajaiban musim Adven dan Natal ini semakin mendalam apabila seseorang - kanak-kanak atau orang dewasa - menatap  kandang kelahiran Yesus. Mungkin mereka dapat mengungkapkannya atau tidak, mereka pasti mengetahui bahawa "cara Tuhan adalah menakjubkan, kerana yang mustahil tidak mustahil bagi-Nya untuk meninggalkan kemuliaannya demi menjadi manusia seperti kita."

"Betapa mengkagumkan kita melihat Tuhan: yang bertindak sama seperti yang kita lakukan: Dia tidur, minum susu daripada ibu-Nya, menangis dan bermain seperti kanak-kanak lain! "Seperti biasa, Tuhan membuatkan kita terpegun, tergamam, Dia tidak dapat dijangka, Dia sentiasa melakukan sesuatu yang di luar jangkaan kita," tulis Sri Paus Fransiskus. Kandang Natal menunjukkan Tuhan yang datang ke dunia kita dan ia juga membuat kita memikirkan bagaimana kehidupan kita adalah sebahagian dari kehidupan Tuhan. Ia mengajak kita untuk menjadi murid-murid nya jika kita mahu mencapai kepenuhan makna dalam kehidupan."

Bapa Suci juga bercakap tentang unsurunsur penting dalam suasana kandang Natal misalnya malam yang berbintang, kesederhanaan dan kandang tempat kelahiran Yesus yang serba kekurangan dan kemiskinan para gembala. "Suasana malam," jelas Sri Paus, "berfungsi untuk mengingatkan kita pada ketika kita mengalami kegelapan.

Palungan itu juga bersedia menjawab soalan-soalan penting tentang makna hidup tentang mengapa kita dilahirkan, mengapa saya menderita, mengapa saya akan mati? Semua persoalan ini dijawab bahawa Tuhan telah menjadi manusia. Kedekatannya membawa cahaya di mana ada kegelapan dan menunjukkan jalan kepada mereka yang tinggal di dalam bayang penderitaan.

Melihat kandang Natal, di mana Maria teladan terhebat dalam pemuridan, dengan  tekun menerima kehendak Tuhan untuk hidupnya dan berkongsi dengan orang lain, mengundang mereka untuk mematuhinya. Yusuf juga menerima peranan yang diberikan Tuhan kepadanya, melindungi bayi Yesus, mengajar dan membesarkannya.

Keseluruhan penceritaan kelahiran Yesus melalui kandang Natal mengingatkan umat Katolik dewasa akan zaman kanak-kanak mereka di mana mereka belajar iman dari ibu bapa dan datuk nenek mereka. Setiap tahun, kandang Natal harus menjadi peringatan bahawa iman perlu disampaikan kepada anakanak dan cucu-cucu.

Terjemahan Admirabile Signum dalam bahasa Inggeris dapat dibaca di:

http:// w2.vatican.va/content/francesco/en/apost_ letters/documents/papa-francesco-letteraap_20191201_admirabile-signum.html -- CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments