St Clara dari Assisi, ikon baharu Kg Kangkawang, Kemabong

Pada bulan Ogos lalu, Gereja St. Clara dari Assisi yang berada di kampung Kangkawang, telah dirasmikan oleh Uskup Cornelius Piong.

Oct 16, 2020

KEMABONG: Pada bulan Ogos lalu, Gereja St. Clara dari Assisi yang berada di kampung Kangkawang, telah dirasmikan oleh Uskup Cornelius Piong.

Perasmian gereja baharu bagi umat Katolik di Kg. Kangkawang ini telah dihadiri hampir 500 orang dari seluruh Mission Kemabong.

Dengan adanya bangunan dan kemudahan gereja yang baharu ini adalah diharapkan agar umat Katolik di kampung ini terus bersemangat dalam penginjilan dan bersatu bersama para umat gereja di seluruh Mission Kemabong dalam membentuk pelayanan yang memantapkan iman di samping turut memberi sokongan padu terhadap segala program yang dirancang oleh pihak Majlis Pastoral Mission (MPM) sebagai usaha untuk merealisasikan hasrat Mission Kemabong bertukar wajah menjadi se buah Paroki.

Dalam homilinya, Uskup Cornelius Piong mengatakan, “Dalam pelayanan, kita haruslah sentiasa sedar akan identiti, misi dan destinasi pelayanan serta hidup kita. Kita haruslah percaya bahawa Tuhan itu Immanuel melalui kuasa Roh Kudus yang sungguh nyata. Maka dengan itu, saya percaya bahawa kita akan menjadi sebuah komuniti yang komited dan efektif sebagai umat di Keuskupan Keningau!"

Sta Clara dari Assisi merupakan Santa Pelindung bagi gereja baharu dan umat Katolik di kampung ini. Sta Clara merupakan orang kudus yang terkenal sebagai pendoa, rasul Ekaristi serta semasa hayatnya, telah pun memperlihatkan beberapa mukjizat kerana kesetiaan serta cintanya yang amat besar terhadap Yesus. — KOMSOS GBMK, Nicky Bradley Tony

Total Comments:0

Name
Email
Comments