CALIFORNIA: Seorang paderi telah menyelidik dan menulis sebuah buku mengenai Sto Yohanes Vianney sebagai model paderi paroki yang mengkagumkan. Buku baru “The Grace of Ars,” yang diterbitkan oleh Ignatius Press ini. dihuraikan oleh Ignatius Press sebagai “definisi kebijaksanaan dan rahmat” Sto Yohanes Vianney untuk diturunkan kepada para paderi.
Penerbit mengulas lagi bahawa para pelayan Gereja juga akan mendapat ilham melalui buku ini untuk mencintai hidup kepaderian. Fr Frederick Miller, penulis buku ini merupakan Pengerusi Jabatan Systematik Teologi Seminari Gunung St Mary di Maryland dan telah membimbing ramai kumpulan paderi dan seminarian menziarah Ars, Perancis. Di Ars, dia mengendalikan dan mengetuai retret mengenai hidup dan pelayanan para klerus yang kudus.
Buku tersebut adalah berdasarkan kepada pengalaman Fr Miller di Ars di dalam pemerhatian beliau terhadap mereka yang telah melakukan retret sambil merenung kehidupan Santo Kudus itu. Ia mengandungi lapan mukasurat ilustrasi berwarna dan akan membawa pembaca ‘menziarah’ tempat di mana Sto Yohanes pernah berkarya. Para pembaca juga akan dapat menyelami ‘pertarungan’ Sto Yohanes Vianney dengan iblis dan cintakasihnya yang tebal terhadap Tuhan serta bagaimana dia menyelamatkan ramai jiwa yang menderita.
Dengan penerbitan buku tersebut, pembaca akan ‘berehat’ bersama dengan seorang Santo sambil merenungkan, apakah yang mahu dikatakan oleh Santo tersebut kepada para paderi di abad ke 21 ini.
— CNA