Herald Malasiya Online

You are Here:  Home   News

“Kami ‘tunggu dan lihat’ tindakan Sangti Papa seterusnya” — Gereja Anglikan Malaysia

Published On November 06 , 2009
Comments(0)  |   Mail  |   Print  |  
BANGKOK : Ketua Gereja Anglikan di Semenanjung Malaysia menyatakan beliau menyokong usaha gabungan Gereja Katolik-Anglikan kerana gereja Anglikan di sini turut menentang perkembangan gerakan liberal yang sedang berlaku di dalam komuniti Anglikan.

Namun, Uskup Ng Moon Hing dari Keuskupan Anglikan Semenanjung Malaysia ini lebih suka ‘tunggu dan lihat’ akan tindakan Sangti Papa Benediktus XVI yang selanjutnya. Pada Okt 20 lalu, Kardinal William Levada, Prefek Kongregasi Untuk Ajaran Iman (Congregation for the Doctrine of the Faith/CDF) mengumumkan bahawa Paus Benediktus XVI telah mengeluarkan dokumen bagi para klerus dan umat awam Anglikan untuk menyertai Gereja Katolik, di mana elemen- elemen tradisi Anglikan mereka masih dikekalkan.

Kardinal Levada juga menyatakan bahawa Paus akan menerbitkan sebuah konstitusi apostolik — sebuah dokumen untuk menetapkan atau merasmikan undang-undang — dalam hal gabungan ini tidak lama lagi.

Ketua Gereja Anglikan di Semenanjung Malaysia mengikuti dengan aktif perkembangan gerakan gabungan oleh Sangti Papa, “Namun kami belum membuat apa-apa tindakan kerana masih belum ada maklumat yang lengkap,” ujar beliau. Beliau juga memberitahu bahawa pengumuman penggabungan ini telah disebarkan ke paroki-paroki Anglikan di seluruh negara.

Uskup Ng menyatakan bahawa hubungan Anglikan dengan Gereja Katolik tempatan adalah baik dan Gereja Anglikan di Malaysia amat menentang beberapa pembaharuan liberal di dalam komuniti Anglikan seperti pelantikan umat awam, paderi dan uskup homoseksual.

Ketua-ketua Anglikan bertemu dengan para ketua Katolik setiap bulan untuk sesi dialog dan bekerjasama sepenuhnya melalui Federasi Kristian Malaysia.

Menurut Uskup Ng, terdapat lebih kurang 30,000 penganut Anglikan di Semenanjung Malaysia dan 160,000 di Sarawak serta lebih daripada 60,000 di Sabah.

Agama Anglikan tersebar di Tanah Melayu semasa pemerintahan British. Gereja pertama Anglikan di Tanah Melayu iaitu Gereja Sto Geroge didirikan di Pulau Pinang pada tahun 1819. — UCAN
BOOKMARK AND SHARE WITH FRIENDS:;  Digg! Reddit! Del.icio.us! Mixx! Google! Live! Facebook! Slashdot! Netscape! Technorati! StumbleUpon! Spurl! MySpace! Wists! Newsvine! Furl! Yahoo! Ma.gnolia! Squidoo! Swik!
Post A Comment On This Story And Express Your Suggestion
Name:
City/State/Country:
E-Mail:
Comment:

Most Commented News

Allah shall unite Pakatan, says Anwar
World News-2010-01-20 00:23:00
Police criticised for inaction over Al Islam desecration report
Top Stories and Catholic Christian News-2010-02-03 04:22:05
What kind of government we want Lim Mun Fah
Malaysia News-2010-03-10 03:23:19
Tribal cultural riches enhance Sumatran Church
World News-2009-12-21 04:54:20

Most Emailed News

    Focus
    On Dec 31, 2009, the Malaysian High Court ruled that Christians in Malaysia have the constitutional right to use the word “Allah” to refer to God and that the word is not exclusive to Islam.
    Photo Highlight

    A child waits for a meal to be distributed by the U.N. World Food Program in a makeshift camp in Jacmel, Haiti.
    Herald Childrens Section
    Herald Youth Special
    Herald Archives
    Home and exileA home is a special place. Many quotations testify to this and we have probably heard them: Our home....
    The Eucharist as a celebration of everyday lifeWe sometimes forget that Jesus was born in a barn, not a church, and that the God of the Incarnation....
    Private IntegrityBilly Crystal, who plays the lead role, answers that he doubts that this is ever possible. “Yo....

    Top Comments On Stories

    Malaysian Islamic party supports Catholic fight to use 'Allah'From: Top Stories and Catholic Christian News - Commented By : Hailey : - simply to say, the word Allah had been used in Arab world since pre-....
    Muslim groups back caning of womenFrom: Top Stories - Commented By : Fair Comment : - Looks like the country is becoming more Islamic and now they (some M....
    Allah for Malays only? The Jakarta Post From: Top Stories and Catholic Christian News - Commented By : TheCatholic Observer : - The fact that in Indonesia majority of Muslims practices a simple ki....
    Pope says Christmas is God's answer to drama of humanityFrom: World News - Commented By : TheCatholic Observer : - I fully agree with our Holy Father, the Pope that the birth of Chris....
    Herald Spiritual Resources