Herald Malasiya Online

You are Here:  Home   News

Ekaristi sebagai perayaan setiap hari

Published On October 09 , 2009
Comments(0)  |   Mail  |   Print  |  
Adakalanya kita terlupa bahawa Yesus dilahirkan di dalam sebuah kandang bukannya di dalam Gereja dan penjelmaan Tuhan juga sangat berkait rapat dengan meja dapur yang sama pentingnya dengan altar-altar Gereja.

Tuhan sama pentingnya di dalam domestik dan juga dalam hal-hal kerohanian. Ini sangat penting untuk diingati ketika kita cuba memahami Ekaristi.

Ekaristi adalah Tubuh Kristus, penyambung Penjelmaan Semula dan seperti kelahiran Yesus, ia bermaksud untuk membawa keilahian kepada sesuatu yang nyata di dalam hidup seharian.

Oleh itu, secara ringkasnya, di antara lain makna Ekaristi ialah menjadi satu perjamuan keluarga, perayaan komuniti, satu tempat seperti meja dapur dan ruang tamu, di mana kita berkumpul dengan sesama, untuk berkongsi hidup seharian, merayakan perayaan istimewa dengan orang lain, untuk menasihati dan menangis bersama apabila hidup penuh dengan dukacita serta berhimpun bersama demi kebaikan bersama.

Adalah tidak baik seorang lelaki hidup bersendirian. Inilah Firman Tuhan sebelum Dia mencipta Hawa dan Sabda ini bukan bermakna hanya ditujukan kepada Adam — manusia pertama — tetapi, selamalamanya untuk semua golongan lelaki, perempuan, anak dan makhluk.

Tidak ada satu pun yang harus hidup sendiri, baik molekul mahupun atom. Segala-galanya harus mempunyai perhubungan. Ekaristi amat menjunjung perkara ini.

Ketika Yesus memberikan kita Ekaristi, Dia bermaksud untuk menjadikannya satu upacara yang menjemput kita untuk berkumpul bersama sebagai satu keluarga dalam apa pun keadaan di dalam hidup kita.

Di dalam hal iman, seperti juga naluri, kita seharusnya datang bersama-sama dengan orang lain ketika kita dalam gembira dan sedih, meskipun perasaan tersebut satu keraian atau kesedihan, dalam meraikan hidup baru dan ketika kita mengebumikan seseorang yang disayangi, ketika kita memberikan diri kita di dalam perkahwinan dan ketika kita memerlukan perdamaian, apabila tenaga kita sedang kuat dan tenaga kita lemah, ketika kita rasa memerlukan sesama dan ketika kita mahu berjauhan dengan orang lain, dan ketika kita tidak mempunyai apa-apa sebab untuk berkumpul bersama selain dari kenyataan bahawa naluri menjemput untuk berada di sana.

Ekaristi menjemput kita untuk berkumpul sebagai satu keluarga. Dasar keluarga yang paling penting ialah mengongsikan kepada sesama, peristiwa-peristiwa istimewa dan biasa di dalam kehidupan. Keluarga berkumpul bersama untuk merayakan perayaan-perayaan: Harijadi, perkahwinan, mendapat ijazah, peralihan, sakit, berkabung dan pengkebumian.

Perjumpaan-perjumpaan pada masa seperti harijadi dan sebagainya, sememangnya membawa suasana yang lebih beremosi dan bertenaga. Oleh itu, ia harus diadakan kerana ia lebih mendatangkan kebaikan.

Mereka tidak berkumpul ketika tenaga mereka sedang kuat, apabila semua orang dalam keadaan baik, apabila tidak ada siapa yang bosan atau marah dan apabila beberapa peristiwa mendapat manfaat dari usaha meluangkan masa ini.

Mereka selalu datang berhimpun, meskipun ada rasa jemu, bosan, penat, sibuk, gangguan dan tekanan dalaman kerana mreka menyedari meskipun mereka tidak sempurna, hidup berkeluarga adalah mengenai perkongsian hal-hal yang membosankan, gangguan, mata pungutan sukan, tekanan-tekanan kehidupan, juga berkongsi saat-saat yang istimewa serta gembira.

Makan malam hujung minggu dengan menu ‘hotdog’ dan kacang panggang, dimakan dengan lahapnya selama 20 minit dan diiringi dengan perbualan rancak mengenai mata pungutan sukan, sememangnya tidak sama dengan kemeriahan makan malam Natal atau perbualan semasa majlis perkahwinan atau pengkebumian namun ia adalah sama penting di dalam mencipta keluarga dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Keluarga adalah untuk sehari-hari, kepentingannya adalah sama dengan peristiwa-peristiwa yang istimewa. Begitu juga dengan Ekaristi.

Atas beberapa sebab, kita lambat melihat aspek ini di dalam hal Ekaristi secara serius. Mungkin ke rana dimensi-dimensi Ekaristi adalah lebih kudus. ‘Kelambatan’ kita untuk menerima hakikat bahawa Ekaristi adalah sama dengan keluarga dapat dilihat dalam kritikan ringkas mengenai tujuan seseorang datang ke Gereja.

Kita mengkritik apabila mengetahui matlamat seseorang datang ke Gereja kerana mahu bersosial: “Dia datang ke Gereja bukan untuk berdoa! Dia ke Gereja kerana ada peluang untuk berbual dengan orang lain!”

Tujuan ke Gereja seperti ini selalunya dipandang dari sudut yang negatif, padahal ianya merupakan satu sebab bagi orang lain untuk merayakan Ekaristi.

Upacara Ekaristi diturunkan kepada kita kerana kita adalah bersifat kemasyarakatan (sosial) di dalam semua pencapaian. Pergi ke Gereja untuk bersosial adalah satu sebab yang kuat untuk berada di sana.

Kalaulah saya tahu hal ini semasa kecil, ketika saya ke Gereja pada perayaan-perayaan besar misalnya Hari Natal dan Paskah, dan saya telah mendengar bahawa paderi menggunakan kata ‘perayaan’ untuk menjelaskan Ekaristi, tetapi, tidak pernah sekalipun mengaitkannya dengan perjamuan makan malam keluarga yang akan kami lakukan apabila kembali dari Gereja.

Saya berharap, orang ramai akan mengingati ini apabila mereka tidak ke Gereja kerana bosan, marah atau merasakan kehadiran mereka hanya untuk bersosial atau merasakan kehadiran mereka ke Gereja bukan untuk berdoa.

Salah satu sebab kita ke Gereja ialah untuk berdoa, tetapi kita ke sana juga untuk sebab yang sama kita pergi ke meja keluarga setiap petang.

Sebenarnya, walau apapun sebab kita ke Gereja, ia tetap membawa kebaikan . — Paderi Ron Rolheiser
BOOKMARK AND SHARE WITH FRIENDS:;  Digg! Reddit! Del.icio.us! Mixx! Google! Live! Facebook! Slashdot! Netscape! Technorati! StumbleUpon! Spurl! MySpace! Wists! Newsvine! Furl! Yahoo! Ma.gnolia! Squidoo! Swik!
Post A Comment On This Story And Express Your Suggestion
Name:
City/State/Country:
E-Mail:
Comment:

Most Commented News

PM, Islamic party condemn church arson attacks
World News-2010-01-08 04:58:09
Tribal cultural riches enhance Sumatran Church
World News-2009-12-21 04:54:20
We are not social workers like Mother Teresa, but co-workers in the love of God
Top Stories-2009-11-13 01:15:00
Daring speech by Tan Sri Bernard Dompok
Malaysia News-2009-11-20 01:35:00
Focus
Christ is present in the tabernacle, and having the door of the tabernacle open or closed does not make any difference. His logic seems to be: that the parishioners should be taught to pray and adore the Blessed Sacrament all the time and that the practice of exposition in the monstrance is irrelevant and counterproductive to any real devotion. Your thoughts, please. -- J.L., Cumberland County, New Jersey.
Photo Highlight

People go to confession outside a Catholic church during the annual festival of the Icon of the Mother of God in the village of Budslav, 93 miles north of Minsk, Belarus.
Herald Childrens Section
Herald Youth Special
Herald Archives
The perils of safetyThe German poet, Goethe, once wrote: The dangers of life are many, and safety is one of those danger....
Too-bruised to be touched — One of the causes of SuicideSuicide, in most cases, is a desperate attempt to end unendurable pain, akin to one throwing oneself....
Easter as Opening the Doors of HellSome years ago a young woman I knew, a university student, fell into a severe depression and attempt....

Top Comments On Stories

Umno Selangor wants “Allah” to be exclusive to Muslims From: World News - Commented By : TheCatholic Observer : - It appears according to TheMalaysianInsider, only 100 members of a p....
The Big Bang, Religion and ScienceFrom: Christian Life and World News - Commented By : Donatus Justin : - It is commonly believed that the Catholic Church persecuted Galileo ....
Yusuf dan kisah NatalFrom: Malaysian Language News - Commented By : ahli syurga crew : - 
Pertahankan kata warisan kitaFrom: Malaysian Language News - Commented By : jake : - Nak komen sikit....Setahu saya perkataan Jesus adalah dalam BI kenap....
Herald Spiritual Resources