SANDAKAN: Komiti Komunikasi Sosial Katedral St Mary (SOCCOM) ditubuhkan secara rasmi pada Jan 19 yang lalu di Bilik Mesyuarat Paroki. Di dalam ucapannya, Fr Thomas Makajil Paderi Paroki Katedral St Mary menyeru ahli-ahli SOCCOM untuk peka dengan cara moden penginjilan melalui media teknolgi maklumat.
Sdri Airene Gumanas, Pengerusi baru yang dilantik untuk Komiti SOCCOM berasa gembira dengan tercapainya penubuhan komiti tersebut setelah lama dipersiapkan. Beliau juga mengucapkan penghargaannya kepada Paderi Paroki yang memberi kepercayaan serta keyakinan untuk beliau menerajui komiti SOCCOM.
Berikut merupakan anggota-anggota Komiti SOCCOM Airene Gumanas (Pengerusi), Monica Lo (Timbalan Pengerusi), Andrea Joy (Setiausaha), Michelle Cornelius (Pembantu Setiausaha) dan Franco Amigo (Bendahari). Anggota komiti yang lain ialah Dallius Lobinjang, Suzanna Cardova, Alex Tai, Bell dan Sandra.