Salam damai Editor,Baru-baru ini saya bercuti di Kuala Lumpur dan menghadiri Perayaan Ekaristi di dalam Bahasa Malaysia.
Tidak perlu saya menyebut nama Gereja tersebut namun saya berasa amat terkilan dengan sikap ahli-ahli koir yang tidak berdisiplin.
Mereka mempunyai suara yang baik namun saya terkejut apabila semasa Misa Kudus, terutama sekali semasa doa konsekrasi, mereka bergurau senda, bermain rambut dan telefon bimbit.
Saya teringat beberapa bulan lalu, apabila dua orang wartawan Islam telah menghina Tubuh dan Darah Kristus. Perbuatan ahli-ahli koir yang tidak serius semasa doa konsekrasi dan menerima komuni, adalah sama sahaja dengan tindakan hina dua orang wartawan Islam tersebut.
Semoga ketua ahli-ahli koir BM di Semenanjung sentiasa tegas dan memerhatikan hal ini.
Eunice Matthew
Kota Kinabalu