Herald Malasiya Online

You are Here:  Home   News

Kempen anti jual orang terus digiatkan

Published On February 05 , 2010
Comments(0)  |   Mail  |   Print  |  
KOTA KINABALU: Archdiocese Human Development (AHDC) telah melaksanakan projek kesedaran Anti Pemerdagangan Orang dengan kerjasama International Catholic Migration Commission (ICMC) dalam satu perjanjian persetujuan selama setahun yang berakhir pada tahun lalu.

Komiti AHDC yang mempunyai tujuh orang ahli dan tiga orang pekerja sepenuh masa telah berjaya melaksanakan lima seminar kesedaran di lima buah kawasan iaitu Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Keningau. Dalam bengkel plan stategis, seramai 32 orang peserta yang menghadiri yang terdiri dari pihak polis, Imigration, Maritem Kastam, pegawai Jabatan Buruh NGO dan kumpulan Gereja sebagai susulan daripada seminar-seminar yang dijalankan. Di dalam plan tersebut, turut dibincangkan untuk membentuk komiti anti pemerdagangan orang di Sabah.

Laporan penuh aktiviti-aktiviti projek tersebut diserahkan kepada Kementerian dan Hal-Ehwal Pengguna untuk tindakan selanjutnya. Matlamat utama projek tersebut ialah memberi maklumat dan kesedaran akan jenayah “Pemerdagangan Orang” yang menjatuhkan martabat seorang insan sebagai barang dagangan.

Justru itu masyarakat amnya, tanpa mengira bangsa dan agama, harus bekerjasama dengan negara yang mengirim bagi mengatasi masalah jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. Sehubungan itu, program yang dilaksanakan oleh Komiti AHDC ini serba sedikit membantu agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan untuk membanteras bersama masalah pemerdagangan orang.

Akibat kesan jenayah ini, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah digazetkan di Malaysia. Pada bulan Sept hingga November 2009, Komiti AHDC telah mengadakan ‘roadshow’ di empat kawasan iaitu Tuaran, Keningau, Sandakan dan Tawau. Objektif ‘roadshow’ ini turut diumum dan disiarkan oleh radio Suria FM. Roadshow ini disasarkan kepada masyarakat umum dan juga kumpulankumpulan Gereja untuk meningkatkan pemahaman, komitmen dan usaha mengenai jenayah tersebut dan selanjutnya membentuk satu jaringan kerjasama di kalangan masyarakat.

Hasil daripada ‘roadshow’ tersebut, golongan remaja seringkali dititikberatkan memandangkan mereka sering menjadi sasaran dan terperangkap di dalam tipu daya jenayah pemerdagangan orang ini. Mengimbas kembali roadshow-roadshow yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun lalu, Uskup Agung John Lee menyokong usaha komiti AHDC ini yang dapat membuka minda dan mewujudkan suasana saling berjagajaga untuk memansuhkan jenayah jual orang ini. — Patrick Ben
BOOKMARK AND SHARE WITH FRIENDS:;  Digg! Reddit! Del.icio.us! Mixx! Google! Live! Facebook! Slashdot! Netscape! Technorati! StumbleUpon! Spurl! MySpace! Wists! Newsvine! Furl! Yahoo! Ma.gnolia! Squidoo! Swik!
Post A Comment On This Story And Express Your Suggestion
Name:
City/State/Country:
E-Mail:
Comment:

Most Commented News

BN Youth want Najib’s officer arrested under ISA
World News-2010-02-03 04:12:49
Allah for Malays only? — The Jakarta Post
Top Stories and Catholic Christian News-2010-01-13 07:17:51
Court Verdict: Glorious New Year for Church in Malaysia
World News-2009-12-31 05:32:13
Dr Asri says Muslims should not object if ‘Allah’ is used to refer to God
Top Stories-2010-01-04 15:05:00

Most Emailed News

    Focus
    On Dec 31, 2009, the Malaysian High Court ruled that Christians in Malaysia have the constitutional right to use the word “Allah” to refer to God and that the word is not exclusive to Islam.
    Photo Highlight

    Pope Benedict XVI reaches out to youngsters in the village of Botticino, near Brescia, Italy.
    Herald Childrens Section
    Herald Youth Special
    Herald Archives
    The Eucharist as a call to JusticeWhen the famous historian Christopher Dawson decided to become a Roman Catholic, his aristocratic mo....
    Turning back to GodWhichever way we look, the world around us is in turmoil. In economics, we are staring at what could....
    Christianity beyond the parish wallsOne of the most challenging aspects of our Christian faith, is that having accepted all the central ....

    Top Comments On Stories

    Muhyiddin: No more ‘Allah’ contention in the future From: Top Stories and Catholic Christian News - Commented By : Fair Comment : - Without prejudice, is the DPM higher than the courts? You said you w....
    Arson suspected in two Muar surau fires From: World News - Commented By : Fair Comment : - While the people must condemn such arson attack to houses of worship....
    ‘Allah’ unites some, divides others From: World News - Commented By : miguelinda : - so much of mix -match error of religious- politic of malaysia... its....
    ‘Allah’: The blame game — The Malaysian Insider From: Malaysia News - Commented By : VahnG : - im a Christian ,and i dont think it really a big matter not to use t....
    Herald Spiritual Resources