Salam damai Editor,Alasan mengurangkan kos oleh Uskup- Uskup Semenanjung Malaysia (SM) untuk menanggung perbelanjaan penerbitan Mingguan Katolik HERALD adalah sesuatu yang tidak munasabah.
Adakah ini bermakna Gereja sudah tidak mampu menampung kos untuk pewartaan? Saya dapati, laman web paroki dan keuskupan juga di peringkat yang tidak memuaskan dan agak ketinggalan. Bahanbahan rohani di dalam BM (kecuali Bahasa Indonesia) juga tidak banyak dijual.
Tidak adakah alternatif lain di dalam hal ini? Mungkin dengan mengurangkan kos, Gereja dapat menyimpan banyak wang.
Tetapi bagaimana pula dengan iman umat yang berbahasa Malaysia? Bagi saya, Ruangan BM bukan setakat untuk umat BM sahaja, tetapi saya pasti, bahasa kebangsaan ini turut dibaca dan diikuti oleh umat daripada pelbagai bahasa.
Sayang sekali, Gereja Katolik mahu mengurangkan kos, dan tidak mahu MELABUR di dalam perkembangan iman para umat .
Wilfred Wilson
Kuala Lumpur
Published By Ronproperties
Saya agak kecewa dengan keputusan Uskup-Uskup ini kerana tanpa bertanya pendapat ramai, secara membuta tuli terus-terusan membuat keputusan mengurangkan mukasurat BM di dalam Herald. Nampaknya Uskup-Uskup di Semenanjung juga berfikir akan kepentingan 'Kebendaan' dan bukan 'kerohanian'. Bukan memfitnah atau mnuduh sesuka hati, tetapi hakikatnya begitu ketara sekali. Namun begitu, mungkin ada hikmah di sebalik terjadinya perkara ini bukan? Mungkin suatu hari nanti, akan ada satu akhbar katolik yang akan di terbitkan dalam Bahasa Malaysia? Siapa tahu apa rencana Tuhan pada kita umat Katolik kan?
Published By Peter Zan Nesbert
Salam damai editor,
Terkejut bila mendengar gereja memikirkan kos untuk menanggung perbelanjaan. Gereja seharusnya tidak sedemikian.. bukan kah banyak kita memberi banyak kita terima? Gereja bukan lah BANK SYURGA yang mana hanya menyimpan duit. Utamakan Umat-umat Tuhan yang haus akan sabda Tuhan.