Herald Malasiya Online

You are Here:  Home   News

Menghormati sesama di dalam masyarakat majmuk

Published On November 26 , 2009
Comments(1)  |   Mail  |   Print  |  
Pada masa ini, kita hidup di dalam dunia dan lingkungan Gereja yang saling bertentangan. Beberapa tahap perpecahan yang wujud di setiap komuniti adalah sesuatu yang lazim dan baik.

Namun kekecewaan, semangat jahat dan kekurangan rasa hormat yang tersemat di dalam kebanyakan bidang politik, Gereja dan perbincangan moral pada hari ini, bukanlah sesuatu yang normal dan jauh daripada matlamat kebaikan.

Dan kita tidak seharusnya membiarkan diri kita hanyut dengan memikirkan bahawa pertentangan ini adalah sesuatu yang baik atau belum mencapai tahap yang teruk atau perkara ini berlaku di atas nama kebenaran atau keadilan atau kerana Tuhan. Ubahlah pandangan kita terhadap mereka yang kurang kita hormati kerana mempunyai pendapat yang berlainan dari kita.

Kita bukanlah pahlawan-pahlawan kudus, kita hanyalah orang-orang yang marah dan hanya mahu mengasihani orang-orang tertentu sahaja.

Mungkin, label-label seperti liberal dan konservatif bukan nama yang tepat bagi pelbagai kaum yang kita pisahkan pada hari ini namun kita hanya membuat satu tanggapan umum yang melampau dan ‘perpisahan’ ini masih lagi berkembang.

Secara nyata, kita terpisah dari kumpulan lain — liberal berpaling dari konservatif, konservatif tidak mahu bekerjasama dengan liberal dan bukannya bekerja di dalam satu komuniti sebaliknya kita lebih bercakap di dalam istilah “kami” dan “mereka”, seperti suku kaum yang sedang berperang. Tidak wujud lagi masyarakat majmuk.

Lebih serius lagi, kita tidak mampu untuk berbincang di dalam suasana menghormati antara satu dengan lain.

Pada hari ini, jarang sekali terjadi perbincangan mengenai isu-isu politik, moral atau isu-isu gereja yang sensitif tanpa memalukan diri sendiri dengan mencemuh dan memanggil nama yang tidak elok.

Perasaan empati, memahami dan belas kasihan telah menjadi pilihan, ideological dan berpihak kepada satu pihak sahaja. Kita hanya mendengar dan menghormati mereka yang sebulu dengan kita. Sedihnya, apa yang nyata, kedua-dua pihak terlalu sensitif, serius, paranoid erpenyakit takut antara satu dengan lain, marah, tidak gembira dan kurang perasaan humor.

Konservatif cenderung untuk memberi alasan betapa perlunya untuk mempertahankan isu-isu serius seperti: pengguguran anak, hidup berkeluarga, perkahwinan tradisional.

Isu-isu ini ditekankan dengan alasan yang sewajarnya, dikategorikan sebagai isu-isu yang serius dan menyatakan bahawa liberal sepakat menyatakan bahawa isu-isu ini tidak mempunyai ruang untuk diperbincangkan. Bagi mereka, kebenaran yang dipertahankan adalah untuk selama-lamanya dan tidak membenarkannya tercemar. Jadi untuk apakah lagi tujuan berdialog?

Liberal membalas kenyataan tersebut dengan, “Mengapa membincangkan sesuatu yang secara rasionalnya adalah bukti, persoalan ringkas mengenai hak-hak manusia dan telah lama dijunjung di dalam prinsip demokratik?”

Isu-isu ini langsung tidak perlu dibincangkan. Tambahan pula, di dalam ruang lingkup liberal, selalu terjadi seorang intelektual memandang rendah akan sikap yang tidak bertimbang rasa di dalam fundamentalisme agama.

Golongan liberal meskipun dipandang sebagai bersifat retorik kepada persoalan yang bertentangan, mereka mempunyai sedikit keinginan asli untuk benar-benar berbincang mengenai isu-isu seperti pengguguran bayi, perkahwinan gay dan nilai-nilai keluarga.

Bagi mereka, seperti juga kumpulan konservatif, perkara-perkara tersebut telahpun mempunyai kesimpulan moral yang jelas, jadi mengapa harus berbincang lagi?

Tidak salah untuk mempunyai keyakinan yang tinggi namun apa yang menyedihkan ialah, sikap tidak rela untuk terbuka untuk berdialog mengenai isu-isu umum yang sensitif, berkenaan dengan Gereja dan juga di bidang politik.

Di dalam lingkungan Gereja, kita diutus untuk memperlihatkan sikapsikap yang unggul iaitu berhadapan dengan mereka yang kejam dengan sikap kita yang lemah lembut, menghadapi mereka yang pemarah dengan sikap kita yang berbelas kasihan, melawan mereka menentang kita dengan sikap memahami, mengharungi umpat keji dengan kesabaran, menundukkan mereka yang tidak bertimbang rasa dengan kesabaran, melayani semua perkara dan semua orang dengan kemurahan hati.

Namun, di dalam kebanyakan peristiwa, perkara-perkara tersebut tidak terjadi. Sedihnya, di dalam lingkaran Gereja , sesi perbincangan isu-isu sensitif secara umumnya mencerminkan kekasaran dan memihak satu kumpulan di dalam satu sesi perbincangan yang lantang.

Hasil perbincangan adalah sama sahaja iaitu khutbah dari yang bertaubat untuk yang bertaubat, hati semakin tegar bukannya lembut, suasana yang bertambah getir dan tidak berubah serta kita semakin renggang dengan orang lain, sama ada di dalam Gereja kita dan politik.

Pada masa salah faham, kemaraham, tidak ada tolak ansur, ketidak sabaran, kurangnya rasa hormat dan kurang bermurah hati sedang melumpuhkan komuniti-komuniti kita dan memisahkan mereka yang ikhlas dari kumpulan yang jujur, inilah masanya untuk kita sebagai pengikutpengikut Yesus dipanggil untuk memperlihatkan belas kasihan-Nya yang luas, untuk menambat diri kita semula di dalam sesebuah fundamentalisme: menghormati, kemurahan hati, memahami, kesabaran dan kelembutan kepada mereka yang menentang kita.

Tiba masanya juga untuk menerima bahawa kita semua memperjuangkan perkara ini, sebagai satu keluarga di mana masing-masing memerlukan antara satu dengan lain. Tidak ada istilah “kami” dan “mereka” sebaliknya hanya istilah “kita”.

Seorang sarjana Alkitab iaitu Ernst Kaseman pernah menyatakan bahawa apa yang tidak kena di dalam dunia dan Gereja sekarang ialah liberal tidaklah semurni mana dan kemurnian itu bukanlah liberal. Ini amat benar sekali.

Sangat jarang untuk melihat orang yang sama mengetuai perarakan keamanan dan dalam masa yang sama doa rosario. Liberal mungkin adalah lebih baik, manakala konservatif pula mempunyai kelebihan sendiri. Masing-masing mempunyai model mereka sendiri, mempunyai Mel Gibson dan Michael Moores, pelindung santo-santa untuk membimbing iman atau keadilan. Apa yang diperlukan ialah seorang pelindung santo untuk kedua-duanya.

Mungkin, kita harus melihat kembali perjuangan Dorothy Day yang menyokong kedua-dua iaitu liberal dan konservatif. Beliau dihormati dan dikenali sebagai seorang santo dan tidak lama lagi bakal dikanosasikan oleh Gereja. Beliau adalah seorang yang kudus dan liberal, seorang wanita berkaliber yang boleh mengetuai sebuah perarakan secara aman dan dalam masa yang sama, memimpin doa rosario.

Beliau mampu berdiri dengan teguh untuk kebenaran, kehidupan dan keadilan tanpa menggolongkan apa yang seharusnya menjadi asas di dalam semua perhubungan dan wacana - kemurahan hati, hormat, belas kasihan dan rasa kelakar untuk selamalamanya! — Paderi Ron Rolheiser
BOOKMARK AND SHARE WITH FRIENDS:;  Digg! Reddit! Del.icio.us! Mixx! Google! Live! Facebook! Slashdot! Netscape! Technorati! StumbleUpon! Spurl! MySpace! Wists! Newsvine! Furl! Yahoo! Ma.gnolia! Squidoo! Swik!
Post A Comment On This Story And Express Your Suggestion
Name:
City/State/Country:
E-Mail:
Comment:

Most Commented News

Semen stains belong to Anwar, prosecution claims
Malaysia News-2010-02-03 04:34:22
Discrimination against Christian communities
Focus on Religion Christianity-2010-03-04 05:10:00
Herald editor calls for calm amid ‘Allah’ uproar
Top Stories-2010-01-04 12:20:00
Charging Al-Islam reporters ‘not in interest of justice’, says A-G
World News-2010-03-05 00:25:04

Most Emailed News

    Focus
    On Dec 31, 2009, the Malaysian High Court ruled that Christians in Malaysia have the constitutional right to use the word “Allah” to refer to God and that the word is not exclusive to Islam.
    Photo Highlight

    Jack Black and Michael Cera star in a scene from the movie "Year One."The Motion Picture Association of America rating is PG-13 -- parents strongly cautioned. Some material may be inappropriate for children under 13.
    Herald Childrens Section
    Herald Youth Special
    Herald Archives
    2010 and the challenges aheadOver the course of human history, the human race has hankered after great wealth and power. They hav....
    Lifting the lowlyThe judges and the audience smirked when the dowdy, frumpy middleaged villager said her dream was to....
    Contradictions in faithIs it possible to love someone who may have different values from ours? It is possible, though it co....

    Top Comments On Stories

    MCA lauds Allah judgmentFrom: Top Stories - Commented By : ahli syurga crew : - 
    How the great works of religious art help our faithFrom: World News - Commented By : Patricia Howitt : - Wonderful article. I had only yesterday written a blog post at mode....
    Christmas of music and solidarity for Catholics in ThailandFrom: World News - Commented By : TheCatholic Observer : - Though Christians in particulary Catholics are small numbers, minori....
    Kit Siang asks government to withdraw ‘Allah’ appealFrom: World News - Commented By : TheCatholic Observer : - I fully agree with Lim Kit Siang suggestion that the Federal governm....
    Herald Spiritual Resources