Salam damai Editor,Saya kagum dengan usahausaha negara luar yang sentiasa menganjurkan dialog antara agama. Misalnya Vatikan di dalam acara tahunannya menganjurkan sesi dialog antara tokoh-tokoh agama Vatikan dan beberapa wakil pemimpin Islam dari negaranegara Arab.
Begitu juga dengan Indonesia yang seringkali menganjurkan dialog-dialog antara agama untuk menjelaskan sesuatu isu dan mengelakkan salah faham.
Saya percaya, negara-negara yang dimaksudkan tadi yakin bahawa dialog terbuka dapat menepis sengketa dan peperangan. Inilah salah satu cara untuk meneguhkan semangat keharmonian di kalangan masyarakat. Tidak guna kain rentang yang besar dan ucapan yang berapi-api, sekiranya usaha-usaha damai ini tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Apa yang nyata, kebanyakan isu agama yang sensitif diperbesar-besarkan oleh media monopoli di negara ini. Bahan-bahan bacaan rohani memang mudah didapati dan dimuat turun di internet, namun bukan semua orang yang mampu melakukan sedemikian.
Ada yang lebih suka membaca secara tradisi iaitu dengan memegang naskah Alkitab itu sendiri.
Malangnya, media agama Kristian di negara ini sentiasa dihalang oleh polisi kerajaan. Misalnya, 15,000 naskah Alkitab diimport dari Indonesia yang masih di dalam penahanan KDN. Seseorang penganut berhak untuk mengamalkan kepercayaannya.
Membaca dan menghayati Firman Tuhan merupakan antara seruan Yesus kepada para pengikut-Nya. Dengan menahan Kitab Suci ini, pihakpihak tersebut telah menghalang hak seseorang penganut untuk mengamalkan kepercayaannya. Mengapa ini harus berlaku?
Andreas
Kuala Lumpur
Published By chris
Tak payah nak kisah hal orang Islam. Diaorang masuk syurga atau neraka sebab terikat dengan hukum diaorang yang pelik-pelik.
Published By Me and You
http://www.youtube.com/watch?v=_mkiFbhJLvU
Published By lokman hakim
saya rasa lebih baik tuan membaca dan fahamkan isi kandung alquran.mungkin hati tuan akan terbuka atas keterbukaan islam.jgn menghukum sebelum mengkaji.ada sebab kerajaan buat demekian..
Published By saudara seiinam
harus lh mnenggunakan kata2 lembut... tak perlu lh berkasa2... biarlh mereka mehalang tp jangn lh biar umat lupakan gereja...kerana sekarang ini mereka semakin lupa akan amalan nya..
Published By Sheena
Mungkin juga ini satu petanda agar umat Kristian bangkit menentang penindasan. Dan mungkin juga Tuhan mahu berbisik kepada kita untuk menghayati Firman-Nya. Pada masa ini, ramai umat yang mensia-siakan Alkitab.
Published By Ronproperties
Walauapapun yang berlaku, Alkitab tetap ada di hatiku. Sebenarnya masalah-masalah speprti ini akan lebih menguatkan iman kita. Amen.