Herald Malasiya Online

You are Here:  Home   News

Roh Kudus mengiringi kita di dalam penginjilan

Published On February 05 , 2010
Comments(0)  |   Mail  |   Print  |  
HARI MINGGU KE-5 MASA BIASA (B)
YES 6: 1-2, 3-8 ; 1 KOR 15:12, 16-20 LUKAS 5:1-1

Saya tidak pernah bertemu atau menghadiri majlis diRaja. Saya teringat ketika liputan perkahwinan Putera Charles dan Lady Diana suatu ketika dahulu. Begitu hebatnya majlis perkahwinan tersebut malah saya begitu kagum ketika mempelai diraja ini diarak, ribuan rakyat berdiri di tepi jalan berjam-jam lamanya,sematamata mahu melihat pasangan pengantin tersebut.

Ketika kereta kuda yang membawa pasangan diraja ini muncul, suasana bertambah meriah dengan jeritan dan lambaian mereka yang tidak henti-henti. Meskipun perarakan pengantin diraja ini hanya sebentar namun mereka yang melihat sudah tentu menceritakan pengalaman berharga tersebut kepada kaum keluarga dan sahabat handai berulang kali. Saya pasti mereka pasti menceritakannya kepada sesiapa sahaja walaupun peristiwa itu sudah berlalu selama sebulan, seakan-akan mereka adalah ahli keluarga kerabat diraja tersebut.

Di dalam pembacaan pertama, Nabi Yesaya menceritakan kisah yang hampir sama namun lebih istimewa. Di dalam penglihatannya yang luar biasa, dia melihat dirinya di Rumah Tuhan, dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang bernyala seperti api dan berseru-seru memuji Tuhan. Yesaya sangat kagum dengan penglihatan tersebut sehingga merasa dirinya malang kerana tiaptiap perkataannya adalah dosa.

Namun salah satu makhluk itu turun dan menyentuh bibirnya serta kesalahannya telah dihapuskan. Bukan sahaja dosanya diampunkan tetapi Yesaya dikuatkan oleh kuasa Tuhan sebagai utusan Tuhan - utusan dengan satu misi penting dan mendesak kepada umat Tuhan hingga ke masa ini. Di dalam pembacaan Injil, meskipun Petrus kurang mengenali Yesus namun dia menurut perintah Yesus dan ternyata tindakan ini tidak sia-sia kerana dia berpeluang melihat Yesus melakukan mukjizat. Maka, Petrus bersama dengan sahabat- sahabatnya Yakobus dan Yohanes, meninggalkan segalanya iaitu pekerjaan mereka untuk mengikut Yesus.

Sto Paulus, seorang bekas penganiaya orang Kristian turut menyatakan dirinya sebagai orang hina dan tidak layak menerima pengampunan Tuhan. Namun, dengan ‘rahmat agung Tuhan’, dia meninggalkan kehidupan lamanya untuk berkhutbah dan mewartakan Kristus Sang Penyelamat kepada semua orang. Kita adalah para pengikut Yesus pada hari ini dan merupakan penerima manfaat dan kebaikan hasil daripada ketekunan serta sahutan para rasul yang terdahulu.

Melakukan tugas harian dengan penuh dedikasi atau meminati artis, bukanlah satu kesalahan. Namun, mengongsikan iman di dalam Kristus dengan penuh keberanian dan semangat adalah satu perkara lain. (Paus Yohanes Paulus II menggelarkan ini sebagai “penginjilan cara baru”). Ini bukannya sesuatu yang mudah namun dengan sentuhan dan kekuatan dari Roh Kudus, kita diberikan banyak peluang untuk melakukan penginjilan di tempat kerja, rumah dan kejiranan kita, setiap hari.

Meskipun mungkin seseorang itu tidak pernah kita kenali atau amat akrab dengannya, para nabi dan rasul telah menurunkan ‘warisan’ kepada kita iaitu panggilan kudus untuk melayani serta mewartakan Khabar Gembira Sang Penyelamat kita kepada semua orang. “Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu.” (1 Kor 15:1). — CNS
BOOKMARK AND SHARE WITH FRIENDS:;  Digg! Reddit! Del.icio.us! Mixx! Google! Live! Facebook! Slashdot! Netscape! Technorati! StumbleUpon! Spurl! MySpace! Wists! Newsvine! Furl! Yahoo! Ma.gnolia! Squidoo! Swik!
Post A Comment On This Story And Express Your Suggestion
Name:
City/State/Country:
E-Mail:
Comment:

Most Commented News

Allah for Malays only? — The Jakarta Post
Top Stories and Catholic Christian News-2010-01-13 07:17:51
Dr M says 9/11 attacks staged to hit Muslim world
World News-2010-01-20 07:34:57
Hue priests urged to set a better example
World News-2010-03-08 23:36:21
Misdialed call connects woman who had scheduled an abortion to pro-life help
Global Chrstian News-2010-03-11 04:29:18

Most Emailed News

    Focus
    On Dec 31, 2009, the Malaysian High Court ruled that Christians in Malaysia have the constitutional right to use the word “Allah” to refer to God and that the word is not exclusive to Islam.
    Photo Highlight

    Children play cards at the House of Girls of God Orphanage in Port-au-Prince, Haiti.
    Herald Childrens Section
    Herald Youth Special
    Herald Archives
    Jeremiah and speaking truth to powerIn our world today, we can often see power structures that work against the interests of the poor an....
    Exile and lamentationsMuch of what is wrong with society stems from our disconnect from the natural order. Blinded by gree....
    Why the rich man walked away sadlyThe global recession or depression could force us to review our current model of development. For on....

    Top Comments On Stories

    MCA winning back people’s support, says Tee Keat From: Malaysia News - Commented By : Fair Comment : - Now there are three camps in MCA- Liow, Ong and Chua. Perhaps the up....
    High Court rules against Orang Asli Christians over village church From: Top Stories - Commented By : AKAY FIKRI : - Le nom d'Allah peu ętre par l'employeur ce tous qui crois-Ŕ-DIEU nou....
    March 8, a catalyst for young votersFrom: Top Stories - Commented By : TheCatholic Observer : - it is good to see Malays, Indian and Chinese working together in the....
    Karpal wants police protection for all places of worshipFrom: World News - Commented By : TheCatholic Observer : - I thought police said situation is under controlled? Who is controll....
    Herald Spiritual Resources