PENAMPANG: Umat paroki St Micheal meraikan ulangtahun kepaderian Fr Augustine Amandus di dalam satu majlis yang penuh makna. Fr Amandus yang terkenal dengan ketegasan namun amat peramah dan rendah diri sentiasa disenangi oleh umat tempatan dan mereka yang mengenali beliau.
Dalam usianya menjangkau usia 71 tahun, Fr Amandus masih sihat meskipun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau. Fr Amandus seorang yang banyak membawa perubahan kerohanian kepada umat Katolik,tanpa mengira latarbelakang umat dan amat dedikasi memperkenalkan serta mewartakan Yesus kepada semua umat.
Majlis sederhana tersebut dimulakan dengan ucapan alualuan oleh Pengerusi Majlis. Beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana merahmati Fr Amandus dengan semangat kental di dalam menyebarkan Khabar Gembira untuk semua orang. Paderi paroki, Fr Alex Sipanul turut mengucapkan tahniah dan ucap selamat kepada Fr Amandus serta mengajak umat untuk selalu mendoakan para paderi khususnya pada Tahun Para Paderi ini, agar mereka sentiasa taat dan tabah melayani umat.
Umat yang hadir juga mengambil kesempatan untuk bersalaman dan bergambar bersama dengan Fr Amandus, paderi yang disayangi dan dihormati selalu. Majlis berakhir dengan doa penutup sekitar jam 11.00 malam.
— Roger Binson
Published By nong
mawardi,
Your quetion never improve, time and again, you ask the familiar irrelevant question, only Melayu seperti "KATAK DIBAWAH TEMPURUNG" will continue to ask such question!!! So no need to answer your childish question !!!!
Published By mawardi
Why do u want to use Allah word whereas u claim that Allah has son? Our god is only 1,dont have mother and dont have son!