Sultan dan Menteri Agama buka Asian Youth Day 2017

Sultan Hamengku Buwono X, gabenor Yogyakarta dan Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin serta Uskup Agung Semarang , memainkan alat muzik tra

Aug 11, 2017

YOGYAKARTA: Sultan Hamengku Buwono X, gabenor Yogyakarta dan Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin serta Uskup A g u n g S e m a r a n g , memainkan alat muzik tradisional Jawa bersama — othok-othok, sebagai tanda pembukaan acara pertemuan pemuda Katolik se-Asia, Asian Youth Day ke-7 (AYD-7) di Yogyakarta pada petang hari Rabu, 2 Ogos 2017.

Othok-othok merupakan sejenis permainan tradisional dari pilah bambu diberi pengait dan dimainkan dengan cara diputar berulang ulang sampai menghasilkan bunyi ‘othok-othok’.

Sultan, para pemimpin pelbagai agama dan orang awam di kota Yogyakarta, mengalu-alukan kedatangan para peserta AYD-7. Malah ketulusan hati Sultan dan para pemimpin agama ini terserlah apabila mereka mengizinkan Gedung Jogja Expo Center sebuah pusat konferensi raksasa untuk digunakan oleh penganjur AYD-7 secara percuma sepanjang AYD.

Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin mengatakan bahawa sesungguhnya acara AYD ini merupakan sarana positif untuk mengajak generasi muda Katolik pelbagai negara saling belajar dan berbahagi pengetahuan tentang kemajmukan budaya dan bangsa.

“Melalui acara seperti ini, anakanak muda dapat belajar bahawa kemajmukan dalam budaya dan kepercayaan bukanlah musuh tetapi perlu disikapi dengan bijaksana,” ujar Lukman pada acara pembukaan. Lukman menuturkan, pembelajaran tentang kepelbagaian agama adalah penting, bukan hanya bagi penganut agama Katolik tetapi juga agama-agama lain, kerana setiap pemeluk agama memiliki ragam budaya berbeza sesuai asal usulnya.

“Indonesia menjadi model terbaik untuk mengetahui bagaimana kemajmukan bangsa, budaya dan agama itu hidup rukun sejak turun temurun,” ujar Lukman.

Beliau memberi contoh bahawa di Indonesia, meskipun berpenduduk majoriti penganut Islam tetapi republik itu memiliki candicandi Budha dan Hindu yang dijaga dan dipelihara dengan baik.

“Dari acara ini, Indonesia dapat menjadi contoh dunia bahawa kepelbagaian agama dan budaya bukan untuk saling berlawan dan merendahkan tetapi seharusnya diraikan serta dihargai,” kata Lukman.

Gabenor Yogyakarta, Sultan Hamengku Buwono X mengatakan acara AYD menjadi momentum untuk terus menghidupkan semangat toleransi yang menjadi wajah Indonesia sejak dulu.

Sultan Hamengkubuwono X mengungkapkan, masyarakat Indonesia yang majmuk, selalu ada masalah tetapi dari segi positifnya, ia mewujudkan kehidupan bersama yang damai.

Dengan adanya persatuan yang dilihat dalam suasana AYD ini, ia membawa harapan akan adanya kehidupan yang bertimbang rasa serta penuh kedamaian dan kasih sayang. “Toleransi menunjukkan bahawa setiap umat beragama selalu berusaha menunjukkan penghormatan kepada sesama,” ujar Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta ini.

Sultan juga mengajak peserta untuk meneladan Msgr Albertus Sugijapranoto SJ di mana sejak tahun 1940-an, Uskup Agung Yesuit itu telah menunjukkan bagaimana menyatukan dan menjalankan kehidupan beragama selaras dengan rasa cinta kepada tanah air. “Keteladan yang ditunjukkan Msgr Sugojapranoto harus menjadi juga semangat yang kita hidup,” tegasnya.

Dalam pembukaan itu juga, Uskup Agung Semarang, Msgr Rubiyatmoko mengucapkan selamat datang kepada orang muda Asia di Indonesia, secara khusus di kota Yogyakarta dan di Keuskupan Agung Semarang (KAS) yang menjadi tempat dilaksanakan AYD yang ketujuh tersebut.

Menurut Msgr Ruby, AYD ketujuh ini merupakan acara yang berkelanjutan dengan harapan bahawa orang-orang muda ASIA mampu membangun jejaring juga mampu membangun kebersamaan. “Kerana itu AYD yang diadakan di Indonesia dan bagi kami, ia sungguh merupakan sebuah anugerah yang luar biasa,” ungkapnya.

AYD kali ini, lanjut Msgr Ruby bertujuan supaya orang-orang muda di ASIA dapat belajar dari kemajmukan yang ada di Indonesia dan diharapkan dapat mewartakan kegembiraan orangorang Katolik Indonesia yang dapat tinggal harmoni di tengahtengah pluralisme masyarakat. Melalui pengalaman AYD ini, diharapkan orang-orang muda Katolik dan Gereja Katolik dapat menghidupi ajaran-ajaran Yesus dalam masyarakat yang lebih luas.

Turut memeriahkan acara pembukaan AYD-7 ialah Ketua Kerasulan Awam Konferensi Federasi Uskup Asia (FABC) Kardinal Patrick D’rosario, Ketua KWI Uskup Agung Ignatius Suharyo, Ketua Komisi Kepemudaan KWI Msgr Pius Riana Prapdi, Uskup Agung Semarang Msgr Robertus Rubiyatmoko, dan juga para pemimpin antara iman.--VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments