Superior General Yesuit bersara 2016

Superior General kepada Kongregasi Yesuit, Fr Adolfo Nicolas SJ akan menyerahkan surat peletakan jawatannya pada lewat tahun 2016 dengan restu Paus Fransiskus. Ini adalah kerana beliau telah mencapai usia lewat bersara, 78 tahun.

May 29, 2014

VATIKAN: Superior General kepada Kongregasi Yesuit, Fr Adolfo Nicolas SJ akan menyerahkan surat peletakan jawatannya pada lewat tahun 2016 dengan restu Paus Fransiskus. Ini adalah kerana beliau telah mencapai usia lewat bersara, 78 tahun.

Dengan menurut kepada Perlembagaan Kongregasi Yesuit, Fr Nicolas telah mengadakan pertemuan tahunan bagi memilih penggantinya semasa bulan-bulan terakhir pelayanannya pada tahun 2016.

Beliau akan kekal menjadi Superior General dengan kepenuhan kuasa sehinggalah Kongregasi Agung menerima peletakan jawatannya secara rasmi. Mengikut tradisi, Kongregasi Agung (terdiri dari perwakilan Yesuit dari seluruh dunia), akan memilih penggantinya.

Fr Nicolas menulis surat kepada seluruh anggota Yesuit pada Mei 20 bahawa, “Beberapa tahun telah berlalu selepas saya dilantik sebagai Superior General bagi kongregasi ini. Baru-baru ini usia saya sudah mencapai 78 tahun. Dengan merenung tahun-tahun yang mendatang, saya telah mencapai kata sepakat bahawa saya harus mengundurkan diri dengan menyerahkan peletakan jawatan saya kepada Kongregasi Agung.

“Selepas mendapat persetujuan dari para Pembantu dan providentiam, serta telah memberitahu kepada Paus Fransiskus, saya juga telah meminta nasihat daripada para Pembantu ad providentiam dan Provincials, seperti yang dikehendaki oleh peraturan kita (NC 362). Keputusan rundingan adalah sejajar dengan Kongregasi Agung.”

Fr Nicolas dikenali bukan sahaja peribadinya yang mesra tetapi kerohaniannya yang mendalam serta komited dalam panggilannya sebagai paderi Yesuit juga hubungan persahabatannya yang erat dengan Paus Fransiskus. --VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments