Surat galakan, terima kasih Bapa Suci kepada semua paderi

Kesan skandal di kalangan klerus, tangisan para mangsa yang menderita adalah umpama beban yang dipikul oleh setiap paderi. Akibat skandal itu, ada paderi dipandang serong meskipun bukan salah mereka tetapi kerana kesalahan orang lain, mereka menanggung kelukaan itu demi seluruh badan gereja.

Aug 09, 2019

VATIKAN: Kesan skandal di kalangan klerus, tangisan para mangsa yang menderita adalah umpama beban yang dipikul oleh setiap paderi. Akibat skandal itu, ada paderi dipandang serong meskipun bukan salah mereka tetapi kerana kesalahan orang lain, mereka menanggung kelukaan itu demi seluruh badan gereja.

Sri Paus menulis surat sepucuk surat sempena ulang tahun ke-160 kematian Santo Yohanes Vianney, pelindung para paderi. Dalam surat itu, Sri Paus berterima kasih kepada para paderi yang cekal dan mempertahankan iman meskipun dikecam kerana skandal-skandal tersebut.

Bapa Suci menulis surat itu sebagai “seorang abang dan bapa” bahawa dia mahu berterima kasih kepada para paderi di atas nama Umat Tuhan yang setia dan kudus di atas segala karya yang dilakukan oleh mereka dan menggalakkan para paderi agar tidak pernah melupakan kata yang dinyatakan oleh Tuhan pada hari pentahbisan mereka: “Aku tidak lagi memanggil mu hamba ... Aku memanggil mu sahabat.”

Surat berisi 5,000 patah perkataan itu menumpukan empat tema: kesakitan, kesyukuran, galakan dan pujian.

Pada bahagian pertama, Sangti Papa menunjukkan kedekatannya, memberi sokongan, galakan, penghiburan kepada seluruh paderi di dunia yang tabah khususnya pada masa Gereja ‘dicemari’ oleh isu-isu skandal seks.

Bapa Suci berterima kasih kepada para paderi yang setiap hari, meskipun sukar, tetap merayakan sakramensakramen. Kepada para paderi yang meninggalkan keselesaan, mengalualukan mereka yang memerlukan pertolongan dan nasihat. Kepada para paderi yang setiap hari melawat para umat, melayani tanpa memandang latar belakang mereka, menangis bersama yang berduka dan bersukacita dengan yang gembira. Kepada para paderi yang hidup dalam kekurangan , demi mendekati dan bersolidariti dengan umatnya. Kepada para paderi yang memasuki tempat-tempat terpencil, melawat domba-domba di pedalaman.

Sri Paus Fransiskus menghargai para paderi yang mencipta sejarah, berbuat jasa meskipun nama tidak pernah ditulis dan tidak dikenali. Kepada para paderi yang melayani dengan sungguh-sungguh dan berserah kepada rahmat Tuhan.

Pada bahagian kedua surat itu, yang berterima kasih atau bersyukur, prelatus itu memberitahu para imam walau di mana sahaja mereka berada bahawa, “Saya tidak berhenti bersyukur kepada Tuhan untuk kalian.”

Beliau mengingatkan “implikasi" terhadap jawapan “ya” mereka di mana akan banyak menghadapi masamasa yang sukar untuk membayangkan meneruskan kebaikan.”

Tetapi pada masa percubaan ini, kita perlu kembali kepada momenmomen terang semasa mengalami panggilan Tuhan untuk mengabdikan hidup kita kepada-Nya.

“Pada masa-masa kita kehilangan tumpuan dan keberanian, adalah amat penting untuk mengingat semula memori kehadiran Tuhan dalam kehidupan kita dan pandangan-Nya yang penuh belas kasihan, yang mengilhami kita untuk mempersembahkan hidup kita untuk-Nya dan untuk umat-Nya. Dan untuk mencari kekuatan untuk bertahan.

" Fransiskus menyatakan bahawa bersyukur adalah senjata ampuh dan hanya apabila kita benar-benar bersyukur, kita membenarkan Roh memberikan kita kesegaran yang memperbaharui hidup dan misi kita.

Fransiskus mengucapkan terima kasih kepada semua kaum paderi “kerana kesetiaan anda terhadap komitmen ... kerana sukacita yang kalian persembahkan ...untuk kesaksian anda kesabaran dan ketabahan kalian dalam pelayanan pastoral” dan kerana “meraikan Ekaristi setiap hari dan kerana menjadi gembala yang berbelas kasihan dalam Sakramen Perdamaian.” — Hannah Brockhaus, CNA 

Total Comments:0

Name
Email
Comments