Tahun Anjing 2018

Selamat Tahun Baharu Cina!

Feb 09, 2018

Pengenalan

Anjing
Anjing ialah bintang haiwan yang kesebelas dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang anjing dilambangkan oleh dahan duniawi 2.

i) Kedudukannya ialah ke-11 dalam 12 zodiak binatang.

ii) Ia dikategorikan sebagai salah satu binatang Cina (Burung-burung dan binatang buas).

3. Terdapat pelbagai spesies dan jenis anjing, bentuk dan saiz, ada yang kelihatan seperti lembu jantan, monyet, kucing dan sebagainya. Makhluk anjing yang terkecil adalah lebih kurang 6-8 inci, mempunyai kaki yang sangat pendek. Ada yang pintar dan mempunyai perwatakan khusus. Ia berkhidmat untuk pelbagai kegunaan atau keperluan manusia.

B. Kegunaan:
4. Berikut merupakan jenis-jenis anjing untuk digunakan dalam peristiwa istimewa.

1. Anjing sebagai pelindung: ia menjaga dan melindungi rumah serta harta benda tuannya.

2. Anjing digunakan untuk operasi “mencari dan menyelamatkan.”

3. Anjing mendengar kata dan mempunyai intuisi tajam.

4. Anjing penjaga. Contoh dari Kitab Suci yang merujuk kepada Anjing: Wanita Kanaan.

1. Anjing sebagai pelindung
Seekor anjing bertindak sebagai penjaga rumah, melindungi anak-anak, isi rumah dan harta benda tuannya. Pada zaman moden, anjing digunakan untuk menghidu dadah berbahaya dan bertindak sebagai pelindung masyarakat.

Sebagai penganut Kristian dan pengikut Kristus, kita harus seperti anjing penjaga, berjuang untuk melindungi iman dan ajaran Kristus di kalangan pengikut Kristus dalam Gereja, dengan iman dan sikap berjaga-jaga, khususnya pada zaman materialisme, keruntuhan iman dan moral di kalangan umat Kristian dan masyarakat sekular khususnya, berjuang demi kekudusan perkahwinan dan keluarga yang sedang diancam hebat, dikasari dan dihancuri sehingga hampir tidak dapat dipulihkan.

2. Anjing untuk operasi “mencari dan menyelamatkan.”
Pada masa bahaya dan cuaca sejuk dan beku, anjing digunakan untuk menyelamatkan manusia dan ternakan.

Pada masa kebakaran atau bencana di rumah, anjing menarik tuan atau anak-anak keluar ke tempat selamat.

Anjing digunakan untuk menghidu kehadiran penjenayah atau mencari orang yang hilang. Melihat kualiti-kualiti baik anjing, kita harus menyedari dan bertindak untuk menjadi ‘penyelamat’ kepada orang-orang yang dalam bahaya dan dari sebarang keadaan yang boleh membinasakan tubuh dan jiwa — khususnya dari dosa dan Syaitan.

Dalam Kristus, kita harus menjadi “Penyelamat-penyelamat” manusia di dunia melalui keprihatinan, aksi-aksi kebajikan, berdoa dan menggunakan kuasa Kristus untuk menyelamatkan mereka dalam segala situasi khususnya situasi dosa yang harus disembuhkan, diselamatkan dan dibangkitkan dalam Kristus, Tuhan.

3. Anjing dan “Ketekunan”
Anjing sangat peka, sensitif, pintar dan mempunyai intuisi yang sangat bagus, tahu akan keperluan dan menurut perintah tuannya. Anjing digunakan untuk mengawal sesebuah majlis untuk mencari atau mengawasi orangorang yang jahat terhadap tuannya.

Kita juga harus cepat untuk menyedari kehendak dan keinginan Tuhan Yesus, Jika kita tidak mempunyai kurnia-kurnia ini, mohonlah dengan rendah hati dan sungguhsungguh meminta-Nya daripada Tuhan akan kurnia kerasulan ini.

Adalah amat penting untuk kita dapat mengesan atau membezakan dengan tepat apa yang datang atau daripada Tuhan Yesus dengan apa yang datang dari Syaitan atau kejahatan.

Yesus mengingatkan para pengikut-Nya dan kita semua agar bersiap siaga dan menjadi “licik” seperti serigala, jika tidak, orang yang paling kudus di antara kita, akan ditipu oleh Syaitan. Pelajari dengan tekun apa yang daripada Tuhan, terima dan lakukannya. Pelajari apa yang datang daripada kejahatan dan tolaklah ia, juga peringatkan sesama untuk menolak apa yang datang daripada Syaitan.

4. Sang Anjing, pembawa lampu
Ini adalah gambaran indah bagi kita Kristian yang telah menerima Cahaya Kehidupan dan Cinta Kristus sebagai pembawa suluh akan Iman dan Kristus sendiri, menjadi saksi-Nya di seluruh dunia, menjadi utusan akan kedatangan-Nya kali kedua dan membawa Cahaya Kristus untuk semua.

Anjing menyalak untuk memperingatkan kita akan bahawa agar langkah kita lebih berhati-hati. Ini juga sebuah peringatan indah dalam Perjanjian Lama akan kelahiran Nabi Besar, Yohanes Pembaptis.

Kita harus menjadi seperti Yohanes Pembaptis, sebuah suara di padang gurun yang berseru-seru, mempersiapkan jalan bagi kedatangan Penyelamat, memperingatkan manusia akan bahaya jika tidak bertobat, mengajak umat untuk bertobat dan diselamatkan oleh Yesus, Sang Juruselamat, dari dosa dan kematian.

5 (a) Anjing Penjaga
Seekor anjing bertindak seperti gembala atau membantu gembala adalah fenomena biasa di negara-negara di mana ada ternakan kambing biri-biri.

Imej ini menunjukkan kebaikan dan ketaatan seekor anjing gembala yang bekerja keras, rajin melayani tuannya, tekun dan taat kepada tuannya.

Oleh kerana sifat-sifat terpuji ini, tuan kepada anjing gembala selalu berasa gembira di atas kerajinan anjing gembalanya, memberikannya makanan terbaik, layanan terbaik dan hadiah kepada anjing gembala kerana pertolongannya yang tak terhingga menjaga kambing biri-biri dengan taat dan setia.

b) Refleksi Kristian — Anjing Gembala
Ini mengingatkan kita akan Yesus sebagai Gembala Baik. Kita adalah domba-domba- Nya. Dia menjaga kita. Dia memilih kita orang-orang yang dibaptis untuk menjadi saksi-saksi-Nya, menjadi cahaya dan garam dunia.

Kita adalah seperti “anjing gembala” yang harus taat dan setia kepada Kristus, menjaga domba-domba milik Sang Gembala, untuk membantu, memimpin, menuntun dombadomba (umat) kepada Kristus dan untuk melindungi mereka dari serigala (Iblis).

Ya, kita menjadi gembala dan mencontohi Kristus dalam menjaga kambing-kambing biri-Nya, melindungi mereka dengan penuh kasih sayang dan bijaksana.

6. Contoh dari Kitab Suci tentang anjing “Iman seorang Wanita Kanaan.”— Sebuah Pengakuan Iman
Wanita Kanaan berkeras dan tidak henti-henti merayu kepada Yesus agar mengusir syaitan dari tubuh anak perempuannya. Yesus berkata, “Tidaklah patut mengambil makanan anakanak lalu melemparkannya kepada anjing.” Jawab wanita itu, “Betul tuan, tetapi anking pun makan sisa-sisa yang jatuh dari meja tuannya!”

Oleh itu Yesus menjawab, “Kamu seorang wanita yang sungguh percaya kepada-Ku! Apa yang kamu kehendaki akan berlaku!”

Pada saat itu juga, anak wanita itu sembuh. Wanita Kanaan itu dipandang rendah seperti ‘anjing’. Tetapi ‘anjing’ itu percaya dan taat kepada tuannya. Wanita Kanaan itu percaya dan taat kepada Tuhan Yesus. Dia yakin teguh terhadap Dia dan akhirnya mendapat ganjaran besar oleh Yesus kerana iman dan ketaatannya.

7. Kesimpulan
Semoga Tahun Baharu Anjing 2018 membawa kemakmuran dan kegembiraan ke dalam rumah kita. Semoga kita mempunyai ketaatan dan kesetiaan yang lebih teguh terhadap perintah cintakasih Tuhan dan tekun melayani terhadap sesama.

Semoga kita lebih tekun melindungi dan menuntun kambing-kambing gembala dan umat Tuhan, menjadi pembawa suluh Kristus dan mewartakan Kristus kepada dunia, untuk menyelamatkan dan memimpin ramai orang kepada Kristus, Gembala Baik bagi memasuki Kerajaan Tuhan, demi kehidupan kekal yang penuh kasih sayang, sukacita, harmoni dan berkat yang melimpah-limpah!--Oleh Father Stephen Chin, Rektor, Gereja Sacred Heart, Kuching, Sarawak

Total Comments:0

Name
Email
Comments