Temasya Belia Keuskupan Sandakan, 12-16 Ogos 2019; Kita adalah ALKITAB yang hidup!

“Aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataanMu” (Lukas 1: 38) merupakan tema bagi program yang julung-julung kali diadakan iaitu Temasya Belia Keuskupan (TBK) Sandakan, pada 12 -16 Ogos 2019. Program selama lima hari ini telah berlangsung di Katedral St. Mary, Sandakan.

Sep 06, 2019

SANDAKAN: “Aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataanMu” (Lukas 1: 38) merupakan tema bagi program yang julung-julung kali diadakan iaitu Temasya Belia Keuskupan (TBK) Sandakan, pada 12 -16 Ogos 2019. Program selama lima hari ini telah berlangsung di Katedral St. Mary, Sandakan.

Hari pertama TBK dimulakan dengan pendaftaran para peserta dari seluruh Keuskupan Sandakan, juga jemputan daripada Keuskupan Kota Kinabalu dan Tanjung Selor. Walk in registration bagi peserta dan juga kedatangan pelawat yang ingin mengikuti sesi dalam TBK ini juga diterima, mengikut syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu, jumlah peserta telah mencapai 314 peserta termasuk pelawat, dan penganjur pula seramai 111 orang. Kontinjen yang telah selesai membuat pendaftaran dan diberi taklimat, mengambil peluang untuk mendaki Bukit Maria dan berdoa Rosari di sana.

Terdahulu, pada 10 Ogos 2019 bertempat di Bilik Persidangan Paroki, TBK dimulakan dengan Taklimat Penyediaan Makanan yang dihadiri lebih kurang 50 peserta.

Taklimat tersebut diadakan bagi memastikan penyediaan dan kualiti makanan sepanjang TBK berlangsung terjamin.

Pelbagai etnik merayakan Ekaristi dan Larian Obor TBK
Pada hari pertama, selepas berdoa di Bukit Maria, tepat pada pukul 7.30 petang, semua peserta dan umat pelbagai kaum merayakan Misa Kudus pembukaan yang dipimpin oleh Father Dafrinn Diwol.

Kemudian di dalam acara Welcoming Concert, gimik pembuka tirai TBK dilancarkan melalui Larian Obor Temasya secara bergilir-gilir oleh para Paderi.

Larian Obor Temasya ini dimulakan oleh Fr Dafrinn Diwol, Fr Sunny Chung, Fr Christopher Ireneus dan berakhir dengan nyalaan Api TBK oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom.

Setelah nyalaan Api TBK ini, maka bermulalah TBK dengan rasminya. Acara diteruskan dengan pelbagai persembahan berunsurkan etnik dan moden, persembahan pengenalan daripada setiap kontinjen dan konsert lagu-lagu rohani khususnya lagu tema TBK.

Maria inspirasi hebat menyahut panggilan Tuhan
TBK membentuk iman para belia melalui lima sesi katekesis serta pelbagai program bermula pada hari kedua hingga ke kelima. Bagi sesi katekesis, belia dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut peringkat umur dan kumpulan belia Cina. Antara sesi katekesis yang dikongsikan, ialah :

--Bonda Maria-Saya
--Bonda Maria-Misi dalam Keluarga
--Bonda Maria dan Misinya membawa Kristus ke Dunia
--Ekaristi Kemuncak Hidup Kristiani
--Hidup Adalah Misi

Sesi-sesi katekesis ini membimbing para peserta untuk mengenali Bonda Maria dengan lebih mendalam, diinspirasikan oleh Bonda Maria yang berani menyahut panggilan dan setia dalam pengorbanan untuk menjalankan misinya membawa Kristus ke dunia sampai ke akhirnya. Meneladani Bonda Maria untuk membawa Kristus kepada dunia melalui kehidupan peribadi yang memancarkan Kristus kepada orang lain.

I am on Mission!
Para belia dibahagikan kepada 11 kumpulan untuk melakukan misi di pelbagai tempat yang berlainan. Antara tempat yang telah dilawati semasa bermisi, ialah Taman Didikan Kanak- Kanak Kurang Upaya, Rumah Warga Tua Sri Harapan, Persatuan Hospis Sandakan, The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) Sandakan, Pusat Pembelajaran Masyarakat CLC, Kompleks Penyayang Taman Cahaya(Pusat Latihan Kemahiran Bagi Orang Buta), Sekolah Tanah Hitam(Stateless School), Ruth Camba @ Kg.Lembaga, Elpedia Ricablanca, PPRT Lintas Sibuga dan Katedral St. Mary Sandakan. Aktiviti misi yang telah dijalankan, termasuklah gotong royong membersihkan kawasan, mengecat, menanam pokok, mempromosikan kedai The Treasure Shop membeli sambil menderma di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, memberi makan dan memandikan anjing, membersihkan longkang dan sesi perkongsian.

Mari Kita Bertemasya
“Mari Kita Bertemasya” merupakan aktiviti sukan yang dilaksanakan di Padang Bandaran Sandakan.

Gimik Sukan Temasya disempurnakan oleh Fr. David A. Garaman dengan meletupkan belon banner Temasya menggunakan tiupan sumpit Sarawak.

Para belia telah dibahagikan kepada 12 kumpulan mengikut nama Santo /Santa dengan pelbagai peringkat umur, jantina dan kaum!

Bermaruah, Beriman, Setia dan Berkomited
Malam Tematik merupakan malam terakhir bagi para belia. Para belia disajikan dengan praise and worship yang berterusan, persembahan daripada Paroki Beluran: Kitchen Band, Paroki Tanjung Selor: Tarian dan Nyanyian, Mision Paitan: Spiritual Dance dan Paroki Tawau: Musical Drama “I Am A Mission”. T

urut diselitkan acara penghargaan kepada tim penganjur dengan sebuah nyanyian oleh Koordinator Belia Keuskupan, iaitu Anna Teresa Peter Amandus. Acara berakhir dengan nyanyian lagu tema TBK dan salam damai temasya. Hari terakhir TBK ditutup dengan Misa Kudus dengan amanat penutup daripada Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Bapa Uskup memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menegaskan kepada para belia untuk menjaga iman di mana pun berada dengan berpegang teguh dengan empat pesanan, yakni Bermaruah, Beriman, Setia dan Berkomited.

Total Comments:0

Name
Email
Comments