Terapi hormon kanak-kanak keliru jantina bukan sains!

Kanak-kanak yang bergelut dengan kekeliruan jantina dengan kelamin biologi mereka, tidak seharusnya didesak dengan rawatanrawatan terapi transgender, sebaliknya diberikan rawatan yang membantu kanakkanak tersebut menyembuhkan punca-punca penyakit yang tidak disedari, kata doktor yang pakar dalam bidang tersebut.

Oct 20, 2017

WASHINGTON: Kanak-kanak yang bergelut dengan kekeliruan jantina dengan kelamin biologi mereka, tidak seharusnya didesak dengan rawatanrawatan terapi transgender, sebaliknya diberikan rawatan yang membantu kanakkanak tersebut menyembuhkan punca-punca penyakit yang tidak disedari, kata doktor yang pakar dalam bidang tersebut.

Dari segi perubatan, memutuskan untuk tidak menerima terapi hormon kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kekeliruan jantina bukanlah “penghakiman” terhadap kanak-kanak itu, sebaliknya, kekeliruan jantina adalah terbaik dirawat dengan penjagaan kesihatan perubatan terbaik, kata Dr Paul Hruz, profesor pediatrik, Endokrinol, Biologi Sel dan Fisiologi di Washington University of Medicine.

“Ini hasil terbaik, kerana mereka tidak terdedah kepada semua kemudaratan yang kita tahu mereka akan alami jika mereka meneruskan rawatan-rawatan hormon,” katanya.

Dr. Hruz juga menyuarakan kebimbangan yang serius tentang merawat golongan muda dengan terapi hormon luar yang mempunyai risiko dan berpotensi berbahaya, yang dijalankan tanpa rejimen ujian saintifik yang ketat.

Ini tergolong dalam piawaian kurang saintifik yang digunakan untuk menilai rawatan lain, katanya. “Kami mencari kebenaran dengan mengujinya dengan bukti ujian percubaan.”

Hruz kata demikian sebagai salah seorang panel dalam Kekeliruan Jantina di kalangan Kanak-kanak, di Yayasan Heritrage , Washington, DC pada 11 Oktober. Turut memberikan sesi pada acara tersebut ialah Dr. Michelle Cretella, presiden American College of Pediatricians, dan Dr. Allan Josephson, profesor dan ketua bahagian Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja di Universiti Louisville di Kentucky.

Dysphoria jantina atau kekeliruan gender adalah keadaan psikologi di mana pengalaman psikologi dan budaya seseorang adalah amat berbeza daripada seks biologi mereka. Tidak jelas berapa ramai kanak-kanak di Amerika Syarikat yang mengalami kekeliruan jantina, tetapi keadaannya agak luar biasa.

Cretella menjelaskan tentang risiko kesihatan kanakkanak yang mengalami kekeliruan jantina pada peringkat kematangan (akil baligh) dan hormon yang berkaitan. Penggunaan ubat-ubatan ini, katanya, “yang merawat proses baligh seperti penyakit, menghalang atau menyekat proses normal yang penting untuk perkembangan biasa untuk kanak-kanak.”

Beliau menegaskan bahawa tidak pernah ada kajian jangka panjang mengenai kesan ubat pengawalan hormon -terutama pada kanak-kanak — dan impaknya tidak diketahui. Walau bagaimanapun, apa yang diketahui ialah risiko kanser dan penyakit kardiovaskular, dan gangguan pertumbuhan akibat terapi hormon yang digunakan untuk rawatan kekeliruan seks. Cretella juga menolak dakwaan yang menegaskan pesakit yang pernah menerima rawatan kekeliruan jantina membawa kepada hasil yang lebih baik. Beliau menegaskan bahawa kajian tersebut sangat singkat dan dijalankan terhadap sekumpulan kecil dan kawalan yang direka dengan baik.

Cretella menunjukkan bukti kepada bekas pesakit yang mengubah fikiran mereka “pada usia 28 atau lebih yang menyesal serta tidak menyedari apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri.

Menekankan kepentingan amalan perubatan di bidang sains dan bukannya ideologi, Hruz menyatakan bahawa tiada percubaan terkawal secara rawak atau penemuan yang konsisten telah menunjukkan bahawa penghalang puberti dan hormon silang-seks adalah rawatan terbaik untuk kanak-kanak yang mengalami kekeliruan jantina.

“Kenyataannya tidak ada sains untuk menyokong perubahan drastik ini.” Beliau juga menyatakan bahawa sebanyak 90 peratus daripada belia mengalami peningkatan kekeliruan jantina menjelang akhir remaja dan kemudian, menyusun semula identiti seks biologi mereka.

Josephson menumpukan sesinya terhadap unsur-unsur psikologi kanak-kanak yang mengalami kekeliruan jantina bahawa pada akarnya, gangguan itu adalah fenomena sosial dan psikologi.

Dia menegaskan bahawa bergantung kepada terapi hormon dan tidak menyiasat sepenuhnya akar punca psikologi yang mendasari dysphoria, maka rawatan yang dikatakan berkesan itu sebenarnya sudah awal-awal lagi gagal.

Josephson menunjukkan hasil rawatan seorang pesakit yang sembuh selepas kaunseling tentang kekeliruan jantina yang berpunca daripada pengalaman didera dengan teruk semasa kanak-kanak sehingga mencetuskan rasa tidak selesa.

“Apabila doktor melihat kesakitan atau kesusahan yang dialami oleh pesakit itu, kami cuba mencari sebab dan memulakan peta rawatan. Kami tidak cuba mengabaikannya,” jelasnya. Dan rawatan tidak bermaksud menghindari semua bentuk tekanan atau percubaan, kata Josephson. “Dalam proses perkembangan rawatan, kami selalu bertembung dengan tekanan atau krisis pertumbuhan.”

“Kunci utama di sini,” menurut Josepson, “ialah mendiagnosis dan merawat penyebab utama kekeliruan jantina,” katanya. “Jika kita tidak menghiraukan kesakitan yang mendasari kekeliruan itu, kita akan terlepas diagnosis dan terlepas peluang kemajuan perkembangan.” Kebanyakan dari semua ini, menurut Josephson, kanak-kanak yang melalui kekeliruan jantina perlu diiktiraf dan disayangi.

“Sudah tentu anda sayang dan melindungi seorang kanak-kanak tetapi anda tidak akan menyokong idea yang salah.”--Adelaide Mena, CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments