Terima kasih kerana menerima Kristus dengan hati terbuka

79 katekumen dari Paroki-paroki bahagian Selatan Keuskupan Pulau Pinang menghadiri Upacara Pilihan pada Sabtu, Mac 8 di Gereja St Anne.

Mar 21, 2014

BUKIT MERTAJAM (Herald Malaysia): 79 katekumen dari Paroki-paroki bahagian Selatan Keuskupan Pulau Pinang menghadiri Upacara Pilihan pada Sabtu, Mac 8 di Gereja St Anne.

Tiga orang katekumen adalah Gereja St Michael Alor Setar, enam dari Holy Name of Mary Permatang Tinggi, lapan Christ the King Sg Patani, 12 dari Sacred Heart of Jesus Kulim, 12 dari Nativity of BVM Butterworth dan 38 dari Gereja St Anne Bukit Mertajam (termasuk tujuh orang katekumen dari Malaysia Timur).

Upacara tersebut diketuai oleh Uskup Sebastian Francis dan dibantu oleh Fr Henry Rajoo. Bapa Uskup memberitahu hadirin bahawa pada tahun ini, Semenanjung Malaysia menerima 1500 dewasa pelbagai kaum sebagai calon baptis.

Kepada para katekumen, Bapa Uskup berkata, "Sekarang anda dikenali sebagai orang Pilihan. Bukanlah anda yang memilih Yesus tetapi Yesuslah yang memilih dan memanggil anda. Malam Paskah tidak akan bererti tanpa kehadiran anda. Tumpuan kita sepanjang Pra- Paskah ini bukanlah mengenai berpuasa dan berpantang sahaja tetapi juga mempersiapkan diri bagi kebangkitan.

“Saya ingin berterima kasih kepada anda kerana memilih untuk mengikuti Kristus. Mulai pada hari ini, Roh Kudus akan membantu mempersiapkan anda sehinggalah pada Sabtu Suci. Terima kasih kerana mencari Yesus dengan hati terbuka."

Menyentuh tentang pembacaan Injil pada hari tersebut, Uskup Sebastian berkata, “Seperti Yesus yang dicubai iblis, anda juga pasti akan mengalami percubaan. Kita akan terus dicubai sehingga akhir hayat tetapi jangan takut dan serahkanlah diri mu kepada Yesus. Dia akan melindungi anda. Dia akan sentiasa bersama dengan anda. Kemenangan-Nya, kemenangan mu juga.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments