Terima komuni dengan tangan, elak cium cincin Bapa Uskup

Para Uskup Katolik Filipina menggalakkan umat beriman di Negara itu untuk menerima komuni dengan tangan bagi mencegah penyebaran virus korona.

Feb 08, 2020

Para Uskup Katolik Filipina menggalakkan umat beriman di Negara itu untuk menerima komuni dengan tangan bagi mencegah penyebaran virus korona.

Uskup Ruperto Santos dari Balanga, Manila mengatakan tindakan itu adalah sebagai langkah mencegah terhadap wabak yang boleh membawa maut tersebut.

"Kita harus bersiap siaga kerana virus itu boleh merebak melalui orang yang dijangkiti kepada orang lain melalui interaksi jarak dekat misalnya sentuhan.

Prelatus itu juga mengalakkan agar umat tidak berpengangan tangan semasa doa Bapa Kami dalam Misa seperti yang dipraktikkan di kebanyakan tempat di Filipina.

Uskup Santos juga meminta para umat agar tidak mencium cincin para uskup sehinggalah virus itu dapat dikawal.

Terdahulu, konferensi para uskup Filipina telah menerbitkan doa bagi melindungi dan mencegah penyebaran Novel Coronavirus.

Komisi Episkopal Penjagaan Kesihatan Filipina menyeru pada umat untuk sentiasa berjaga-jaga  kerana Coronavirus sedang merebak ke luar Negara China. 

"Jika seseorang perlu berjumpa doctor kerana syak dijangkiti virus itu, beranilah berbuat demikian agar virus itu dapat dikekang serta merta," kata Uskup Oscar Florencio, ketua komisi kesihatan. --ucanews.org

Total Comments:0

Name
Email
Comments