Tidak seorang pun berhak mendesak Sri Paus letak jawatan

Tidak seorang pun berhak mendesak Sri Paus letak jawatan

Dec 07, 2018

KOTA VATIKAN: Orang ramai boleh bertelingkah kerana satu masalah dan mencari cara terbaik untuk menyelesaikannya. Tetapi tidak ada seorang pun yang harus melancarkan tuduhan rasmi terhadap Sri Paus apatah lagi mendesak beliau untuk meletakkan jawatan, ujar seorang Kardinal dari Jerman, Gerhard Muller.

Pertuduhan secara umum sedemikian akan mencetuskan persoalan kredibiliti Gereja, ujar prelatus itu dalam sebuah temu bual dengan Vatican Insider.

Secara peribadi, saya yakin Sri Paus Fransiskus sedang melakukan segala upaya untuk membanteras fenomena penderaan terhadap golongan minor dan berusaha meningkatkan kerohanian baru di kalangan paderi di mana Bapa Suci menyeru semua paderi untuk bertindak berdasarkan belas kasihan Kristus dan melakukan banyak kebaikan kepada umat, khususnya kanak-kanak dan orang muda," kata kardinal itu.

Ditanya mengenai Uskup Agung Carlo Maria Vigano yang secara terbuka mendesak Fransiskus untuk meletakkan jawatan serta menuduh Sri Paus menyembunyikan kes salah laku seksual yang melibatkan Uskup Agung dari Amerika Syarikat, Theodore McCarrick, Muller menjelaskan, “Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak untuk memerintahkan Sri Paus untuk bersara atau mengarah Sri Paus untuk melakukan sesuatu.

“Sudah tentu, kita mempunyai pelbagai pendapat mengenai masalah-masalah ini dan cara untuk mengatasinya, tetapi kita harus membincangkannya menurut peranan seseorang secara sulit,” tegas Muller.

Mantan ketua Kongregasi Doktrin Iman itu mengatakan, perbincangan-perbincangan tersebut juga harus tidak menjadi kontroversi umum yang asyik mendesak serta mempersoalkan kredibiliti gereja dan misi Gereja. Kita semua harus bekerjasama untuk mengatasi luka-luka yang telah mencemar kredibiliti Gereja akibat salah laku seksual yang telah dilakukan di kalangan klerus.

Di sebalik semua bantahan, pendapat, fakta-fakta yang menimbulkan kemarahan, propaganda dan syak wasangka yang tersebar melalui media, kita memerlukan asas kukuh maklumat. Inilah satu-satunya cara kita dapat membuat keputusan untuk masa hadapan.

Muller menegaskan bawa para Uskup dan Sri Paus mempunyai tanggungjawab masingmasing oleh itu semua orang harus bekerjasama. Undangundang Gereja sudah memadai dan kita mempunyai norma Kongregasi Doktrin Iman, ujar kardinal itu yang mengetuai kongregasi tersebut dari tahun 2012-2017.

Katanya lagi, “Tidak semua uskup bekerjasama dengan dikasteri kami. Meeka tidak memberitahu terlebih dahulu seperti yang diminta. Oleh itu, pertama, kita harus melakukan apa yang sudah diasaskan sebelum ini dan menurut peraturan- peraturan yang ada. Lebih baik mengelakkan debat dan kontroversi umum dengan menganjurkan lebih banyak perbincangan secara terancang, khususnya perbincangan bersama para pakar dan kongregasi doktrinal.

“Bapa Suci hanyalah seorang dan beliau tidak dapat mengendalikan semua perkara. Sebab itulah adanya dikasteri Kuria Romawi untuk bekerjasama dan menghasilkan cadangan-cadangan baik untuk dibawa kepada Sri Paus.” — VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments