Tim Belia Sacred Heart KK pimpin relay doa rosari global

Malaysia menyertai 85 buah negara yang lain untuk berdoa rosari bersama bagi para paderi pada 19 Jun. Disiarkan secara langsung melalui Youtube, Katedral Hati Kudus Kota Kinabalu mengetuai Relay Doa Rosary Global pada jam 8.00 malam dalam misterium Sedih.

Jun 26, 2020

KOTA KINABALU: Malaysia menyertai 85 buah negara yang lain untuk berdoa rosari bersama bagi para paderi pada 19 Jun. Disiarkan secara langsung melalui Youtube, Katedral Hati Kudus Kota Kinabalu mengetuai Relay Doa Rosary Global pada jam 8.00 malam dalam misterium Sedih.

Tim Pastoral Belia Paroki Katedral Hati Kudus memainkan peranan dalam mengusahakan penyertaan dalam doa rosari global tersebut. Aline Lim, ko-ordinator tim belia mengatakan inisiatif itu merupakan bagi meraikan Pesta Hati Kudus sempena Hari Paroki Katedral tersebut.

Aline menerangkan bahawa Pesta Hati Kudus Yesus sentiasa dirayakan bersama Hari Doa Pengudusan para Paderi Sedunia. Tim belia itu telah menulis kepada WorldPriest akan hasrat mereka  menyertai relay rosari tersebut. Maka, pada tahun ini, tim belia Paroki Hati Kudus dimasukkan dalam senarai program sedunia tersebut.

Sepanjang hari pada 19 Jun, pelbagai lokasi di seluruh dunia mendoakan misterium-misterium rosari. Di Kota Kinabalu, para belia berdoa misterium Sedih. Sebagai persiapan, para belia telah mengadakan sembilan hari Novena kepada Hati Kudus Yesus bermula 11 – 19 Jun. Material-material novena telah disediakan oleh WorldPriest.

WorldPriest Apostolate merupakan organisasi komunikasi profesional umat awam yang ditubuhkan pada tahun 2013 yang bermatlamat menyatakan martabat, keindahan dan anugerah kepaderian kepada Yesus Kristus kepada manusia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments