Tindakan berani perlu diambil, kurangi BENCANA susulan pandemik!

Karitas Antarabangsa (Caritas Internationalis) sangat prihatin dengan kemungkinan besar krisis kemanusiaan selepas gelombang pandemik Covid-19.

May 09, 2020

VATIKAN: Karitas Antarabangsa (Caritas Internationalis) sangat prihatin dengan kemungkinan besar krisis kemanusiaan selepas gelombang pandemik Covid-19. Yayasan kebajikan itu mendesak masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan berani.

Dalam satu kenyataan gabungan agensiagensi kemanusiaan global Gereja Katolik, menyatakan bahawa dalam empat bulan terakhir ini, perhatian politik dan media antarabangsa telah tertumpu kepada penyebaran virus itu, namun bencana berpotensi berlaku selepas gelombang wabak.

“Susulan wabak ini adalah lebih rumit dan lebih mematikan daripada kesan virus itu sendiri, terutama bagi masyarakat yang paling lemah  di negara-negara termiskin,” katanya.

Kesan buruk lockdown terhadap ekonomi global telah menyebabkan unjuran Program Makanan Dunia yang menunjukkan “jumlah orang di ambang kelaparan akan berlipat ganda akibat COVID-19 dan boleh mencapai 230 juta.”

“Afrika adalah benua yang paling teruk terjejas, mengalami kekurangan makanan, akibat Perintah Kawalan Pergerakan, serta pelbagai bencana lain seperti banjir, kemarau, serangan  belalang dan hasil tuaian yang buruk,” kata kenyataan itu dan banyak negara di “Timur Tengah, Amerika Latin dan Asia sudah berada di ambang krisis makanan yang teruk, mengakibatkan kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak, dan kelaparan di kalangan orang dewasa.”

Di antara kumpulan yang paling rapuh yang dinyatakan dalam pernyataan tersebut adalah pendatang, orang yang kehilangan tempat tinggal (IDP) dan orang yang kembali yang juga terjejas teruk oleh krisis makanan dan kekuran gan keadaan hidup yang selamat.

“Migran tanpa dokumen adalah komuniti lain yang akan paling teruk terjejas kerana mereka tidak termasuk dalam kategori yang boleh mendapat bantuan awam,” katanya.

Setiausaha Agung Caritas Internationalis, Aloysius John, menunjukkan bahawa ini adalah “keadaan darurat luar biasa di mana negaranegara penderma utama paling banyak terkena virus ini. Tetapi kita perlu tahu bahawa pengalihan bantuan antarabangsa untuk memenuhi keperluan nasional bukanlah penyelesaian  yang tepat.”

Oleh itu, Caritas Internationalis menggesa masyarakat antarabangsa untuk:

-- Menangguhkan sekatan ekonomi terhadap Libya, Iran, Venezuela, dan Syria untuk memungkinkan pengimportan ubat-ubatan, peralatan perubatan, dan keperluan asas bagi penduduk.

--Berikan organisasi beroreintasi agama sarana yang diperlukan bagi menanggapi keperluan utama akibat COVID-19, yang bermaksud melaksanakan program pembangunan mikro yang dapat menjamin bekalan makanan untuk masyarakat termiskin, serta bantuan kemanusiaan, kesihatan dan tunai.

-- Peruntukkan dana tambahan untuk menyokong komuniti yang paling rentan untuk bertahan dalam tempoh lockdown ini

-- Memastikan mendapat akses perkhidmatan penting dan berpatutan bagi pelarian dan pendatang, termasuk akses ke kem dan memastikan bantuan kemanusiaan.

“Kita dapat menghentikan satu lagi krisis kemanusiaan yang besar jika tindakan berani dan segera diambil untuk menyokong masyarakat yang paling rentan,” ujar John dan menekankan bahawa Caritas Internationalis bergabung dengan panggilan Sri Paus Fransiskus untuk mempromosikan “solidariti global yang kreatif” dan melihat “di luar batas COVID-19 untuk mengelakkan satu lagi tragedi besar kemanusiaan.” --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments