Tinggalkan kejahatan atau berhadapanlah dengan Neraka!

Paus Fransiskus merayu kepada ahli-ahli Mafia agar segera bertaubat dan meninggalkan kejahatankejahatan mereka. Bapa Suci itu bertemu dengan keluarga-keluarga mangsa Mafia pada Mac 21 lalu.

Mar 28, 2014

VATIKAN: Paus Fransiskus merayu kepada ahli-ahli Mafia agar segera bertaubat dan meninggalkan kejahatankejahatan mereka. Bapa Suci itu bertemu dengan keluarga-keluarga mangsa Mafia pada Mac 21 lalu.

“Saya merayu dan berlutut kepada anda semua agar bertaubat. Ini adalah demi kebaikan anda," ujar Paus Fransiskus kepada kumpulan-kumpulan Mafia.

Prelatus itu mengingatkan para Mafia bahawa kemewahan yang mereka perolehi adalah hasil daripada jenayah serta keganasan.

“Anda tidak akan dapat membawa kekayaan itu ke dalam kubur,” tegas Sangti Papa.

“Anda masih mempunyai masa agar tidak berakhir dalam neraka. Nerakalah yang menunggu anda sekiranya anda masih meneruskan jalan jenayah dan keganasan ini,” kata Paus Fransiskus.

Paus Fransiskus mengunjungi Gereja St Gregory di Roma bagi menyertai doa vigil untuk mangsa Mafia. Paus menyatakan rasa simpati dan solidaritinya terhadap para keluarga itu.

Beliau memuji keberanian mereka yang menyuarakan pendapat mereka untuk menentang keganasan puak Mafia. --CWN

Total Comments:0

Name
Email
Comments