Tingkatkan jati diri rakyat Malaysia bersih

Sebagai orang Kristian, iman kita tidak terhad kepada hanya berdoa dan melakukan perbuatan baik.

Sep 06, 2019

Pesan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 para Uskup Malaysia

KUALA LUMPUR: Sebagai orang Kristian, iman kita tidak terhad kepada hanya berdoa dan melakukan perbuatan baik.

“Kita dipanggil untuk membina jambatan, bukan tembok. Sama ada dalam politik, hubungan kaum, krisis ekonomi atau perselisihan di kalangan keluarga atau komuniti setempat, kita dicabar untuk menjadi pelaku perdamaian, untuk mencari jalan bersama dan terlibat dalam dialog saling hormat- menghormati.”

Demikian antara pesan para Uskup Katolik Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke- Lihat kanan untuk membaca pesan seterusnya:

Ketika kita berhimpun untuk merayakan 62 tahun Merdeka dan ulang tahun ke-56 pembentukan Malaysia, kita berhenti sejenak untuk mengimbas kembali limpahan berkat yang Tuhan telah dicurahkan kepada kita sebagai individu, Katolik dan sebagai sebuah negara.

Kita berterima kasih kepada Tuhan atas kemajuan, peluang, kedamaian dan keharmonian yang selalu kita nikmati, walaupun banyak cabaran. Kita mengucapkan terima kasih kepada Tuhan atas negara kita yang cantik - Negaraku, Tanah tumpahnya darahku.

Kedua-dua perayaan sejarah ini merupakan peringatan berterusan tentang identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Kita meraikan pencapaian dan aspirasi lelaki dan wanita kita, anak lelaki dan anak perempuan kita, dalam mereka terus cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kita meraikan dan merangkul kreativiti dan inovasi kita, nilai positif, keluarga, komuniti dan negara kita. Paling penting, kita meraikan kemajmukan kita sebagai negara pelbagai etnik, pelbagai budaya dan berbilang agama.

Dalam kegembiraan kejayaankejayaan ini, kita juga harus menyedari masalah khususnya di kalangan mereka yang cuba mencetuskan pertelingkahan satu komuniti terhadap yang lain dan memusnahkan keharmonian dalam masyarakat kita. Kepercayaan agama harus memperkaya sebuah negara tetapi sayangnya, ia sering digunakan sebagai kuasa yang memecah belah. Ini adalah merugikan dan menyeleweng teras kebenaran mana-mana agama. Sangat membimbangkan apabila ada orang yang melarikan diri selepas mengatakan perkaraperkara yang melampau batasan dengan hasutan manakala mereka yang menyedari perkara ini telah dianiaya.

Persoalan yang memerlukan jawapan mendesak adalah: "Mengapa budaya kita menjadi begitu berpecah belah?" Sabda Yesus yang tidak pernah lapuk amat sesuai menjelaskan perkara ini. "Jika terpecah-pecah, kerajaan itu tidak dapat bertahan, jika suatu rumah tangga terpecah-pecah, rumah tangga itu tidak dapat bertahan. (Markus 3 24-25).

Rasul Paulus menambah penegasan ini: "Jika kamu terus menggigit dan memakan kamu satu sama lain, berhati-hati kerana kamu akan dihancurkan oleh satu sama lain." (Galatia 5:15). Apabila pemimpin dan komuniti menghabiskan masa dan tenaga mereka dan menanamkan sentimen kebencian dan ketidakpercayaan, seseorang mula tertanya-tanya apa contoh yang mereka berikan kepada generasi akan datang? Apakah jenis masyarakat yang kita lahirkan?

Sebagai orang Kristian, iman kita tidak terhad kepada hanya berdoa dan melakukan perbuatan baik. Kita dipanggil untuk membina jambatan, bukan tembok. Sama ada dalam politik, hubungan kaum, krisis ekonomi atau perselisihan di kalangan keluarga atau komuniti setempat, kita dicabar untuk menjadi pelaku perdamaian, untuk mencari jalan bersama dan terlibat dalam dialog saling hormat-menghormati.

Keputusan dan pilihan yang kita buat sebagai orang Kristian setiap hari harus mencerminkan komitmen berterusan kita ke arah Malaysia, dalam semua kepelbagaian dan keunikannya. Kita semua mempunyai peranan untuk membina negara kita dan ini diterjemahkan melalui pembinaan ikatan perpaduan yang kukuh antara pelbagai kaum dan agama sambil memastikan bahawa semangat saksama menjadi asas kepada masyarakat kita.

Marilah kita tidak cuba untuk membantah tuduhan-tuduhan atau menimbulkan aspirasi terhadap rakan-rakan Malaysia dari kaum dan kepercayaan lain. Berapa kerap kita terpaksa menjadi curiga dan menghakimi orang lain yang tidak berkongsi atau mengamalkan iman kita.

Kita mesti memimpin jalan yang menjalin perpaduan yang lebih besar demi negara kita dan tidak menjadi penyebab kemerosotan keharmonian kemajmukan kita yang memisahkan kita semua.

Malaysia kita punya: Bersama hadapi cabaran dan membina negara

Apabila ada orang yang membuat tuduhan palsu terhadap kita kerana takut, janganlah kita bertindak balas secara negatif. Melalui tindakan kita, kita dapat menjadi cahaya bagi orang lain untuk melihat Kristus melalui kita. Malah, kita juga harus belajar untuk mempercayai, bersatu dan berjalan bersama dengan rakyat Malaysia kerana kita adalah satu bangsa dan rakyat Malaysia yang pertama.

Kita semua berada di dalam situasi perjalanan bersama dengan rakyat Malaysia dari setiap kaum dan agama, menghadapi cabaran bersama. Marilah kita mengayuh ke arah yang sama dan terus menanam benih perpaduan, menjaga keamanan, mendamaikan dan membina negara kita dan rakyatnya. Inilah cara kita membawa maksud sebenar Merdeka dan apa yang dimaksudkan sebagai rakyat Malaysia.

Kita teruskan berdoa agar Kerajaan kita akan menyediakan kepimpinan yang inklusif, keterbukaan dan dapat dipercayai, serta berusaha untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Harapan mudah kita untuk Malaysia dapat diringkaskan melalui kata-kata kerendahan hati Sta Teresa dari Kalkuta, “kita tidak mempunyai kedamaian, kerana kita telah melupakan bahawa kita menjadi milik satu sama lain.” Sesungguhnya, kita adalah sama di dalam hati kita. Dengan Tuhan sebagai pemandu yang penyayang, semoga cinta kasih kita kepada tetangga kita semakin bertambah dan semoga kita terus meraikan kepelbagaian negara ini tempat di mana kita adalah milik satu sama lain — Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Tuhan Mahakuasa, berkati negara kita Malaysia dan menjadikannya sesuai dengan citacita kebebasan dan keadilan. Semoga semua rakyat Malaysia bekerjasama untuk menjadikan negara kita negara yang hebat. Amen

Semoga kita terus berdoa dengan sungguhsungguh untuk Malaysia yang kita cintai.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA!

Total Comments:0

Name
Email
Comments