Tritunggal, kekayaan misteri Tuhan

Tritunggal Mahakudus sering mencetus kontroversi kerana umat Kristian dikatakan menyembah tiga Tuhan. Ketua Keuskupan Keningau menjelaskan Tritunggal adalah kekayaan misteri Tuhan dan Tritunggal memberi teladan semangat cintakasih dan komuniti.

Jun 12, 2020

KENINGAU: Tritunggal Mahakudus sering mencetus kontroversi kerana umat Kristian dikatakan menyembah tiga Tuhan. Ketua Keuskupan Keningau menjelaskan Tritunggal adalah kekayaan misteri Tuhan dan Tritunggal memberi teladan semangat cintakasih dan komuniti.

Uskup Cornelius Piong semasa memimpin Misa Kudus yang disiarkan secara langsung melalui Youtube mengatakan, “Memang kalau kita cari dalam Alkitab, tidak ada Tritunggal tetapi dalam peristiwa-peristiwa Yesus, kita dapat melihat kehadiran Tritunggal misalnya semasa Yesus dibaptis di Sungai Yordan, kedengar suara dari Syurga ... “Inilah Anak yang Ku Kasihi” diikuti turunnya Roh Kudus dalam bentuk burung merpati. Kemudian dalam  Injil Matius 19; Yesus mengatakan kepada para rasul, pergilah ke seluruh dunia dan baptiskanlah mereka dalam nama Bapa, Putera dan Roh Kudus.

Bapa Uskup menjelaskan lagi bahawa sejak Gereja mengenal Tuhan sebagai Tritunggal, tidak pernah ada sesiapa yang boleh menjelaskan misteri ini dengan sepenuhnya. Namun prelatus itu mengajak umat agar percaya dan yakin bahawalah inilah sifat Tu han. Tuhan itu kaya dengan sifat cinta kasih, di mana ada cinta kasih, ada relasi, di mana ada relasi ada komuniti.

Dalam Surat Pastoral Bapa Uskup bertarikh 6 Jun 2020, prelatus itu mengatakan, "Kesempatan perayaan Hari Besar Tritunggal Mahakudus ini adalah kesempatan baik kita gunakan  untuk menilai perjalanan KKD kita. Komuniti Kristian Dasar (Basic Ecclesial Community) adalah cara kita hidup sebagai pengikut-pengikut Yesus di manapun kita berada, di bandar atau di kampung. Beberapa buah keluarga lima hingga lapan buah  keluarga boleh menubuhkan sebuah KKD. Anggota-anggota KKD secara konsisten mengadakan pertemuan untuk berdoa bersama, perkongsian Kitab Suci, bermesyuarat, makan bersama, dll.

Sebagai Umat Kristian, anggota-anggota KKD, kita samasamalah mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada diri kita sendiri apakah usaha kita, keluarga dan komuniti kita supaya diresapi dan dikuasai oleh semangat Komuniti yang bermodelkan Komuniti Tritunggal Mahakudus dan Umat Kristian Awal (KPR. 2: 41-47).

Total Comments:0

Name
Email
Comments