Tuhan tidak pernah give up untuk mengasihi, mengampuni dan menyelamatkan manusia

"Tuhan tidak pernah give up terhadap manusia! Sebelum kedatangan Yesus ke dunia, Tuhan telah membuat perancangan penyelamatan-Nya untuk manusia dengan begitu teratur, teliti dan memakan masa yang lama (Ibrani 1:1-2).

Dec 24, 2020

KENINGAU: "Tuhan tidak pernah give up terhadap manusia! Sebelum kedatangan Yesus ke dunia, Tuhan telah membuat perancangan penyelamatan-Nya untuk manusia dengan begitu teratur, teliti dan memakan masa yang lama (Ibrani 1:1-2).

Menjelang perayaan Krismas, Bapa Uskup Cornelius Piong muncul di Radio Online Kekitaan FM untuk menyampaikan pesan Krismas kepada  para pendengar Kekitaan FM serta umat yang mengikuti siaran langsung melalui Facebook Kekitaan FM.

Segmen Bual Bicara bersama DJ Uji itu terlebih dahulu menampilkan Sdra Joseph Masri dari Keuskupan Agung Jakarta.

Pada awal Bual Bicara, Bapa Uskup mengajak para pendengar untuk bertanya kepada diri sendiri, “Apakah Krismas itu?”

Katanya, ini persoalan yang perlu kita jawab.

Bagi pandangan duniawi, Krismas sekadar salah satu hari kelepasan dan perayaan yang ada. Adakah pandangan ini juga merupakan pandangan peribadi kita sebagai Katolik?”

“Oleh itu,” jelas Bapa Uskup, “Gereja memberikan umat Kristian  kesempatan selama empat minggu iaitu musim Adven untuk membetulkan pemahaman kita tentang Krismas.

“Perayaan Krismas mengingatkan dan memberi jaminan kepada kita bahawa Yesus “Immanuel” Tuhan berserta kita mendampingi perjalanan hidup kita sampai akhir zaman (Mat 1:23, 28:20). Kelahiran Yesus mengingatkan kita bahawa perjalanan hidup kita ini walaupun selalu diselubungi oleh kegelapan dosa, akan diterangi oleh Yesus “Terang dunia” (Yoh 1:4-5, 8-12) jika kita memilih  dan melakukan kehendak-Nya.

Pada perayaan Krismas kita diingatkan bahawa Yesus yang lahir adalah Immanuel, “Tuhan menyer tai kita" (Mat 1:23). Sebagai pengikut-pengikut Yesus kita dipanggil dan diutus menjadi saluran lanjutan kehadiran Yesus bagi sesama kita manusia, membawa sukacita dan harapan di tengah-tengah cabaran hidup, seperti yang sedang kita alami pada masa pandemik Covid-19 ini.”

DJ Uji juga bertanya kepada Bapa Uskup, apa nasihat beliau terhadap umat yang berasa tertekan dan mengalami kemurungan akibat pandemik atau terasa Tuhan tidak peduli.

Uskup Cornelius menasihati umat agar tidak terlalu emosi dengan keadaan sekarang kerana karya penyelamatan Tuhan tetap berlaku. Setiap orang yang percaya kepada Yesus, Putera Tuhan, tidak akan bi nasa sebaliknya beroleh hidup sejati dan kekal (Yoh 3:16).

Bagi mereka yang benar-benar tertekan, saya berharap anda tidak putus hati kerana kepercayaan kita terhadap Yesus yang datang,,,sukacita di sini bermaksud bukannya tidak ada masalah sebaliknya kekuatan dan keteguhan untuk kita menghadapi Dengan kuasa Tuhan, jika anda benar-benar percaya, seperti yang dilakukan oleh Sto Yosef dan Bonda Maria, Tuhan pasti akan membuka jalan.

Uskup Cornelius juga mengingatkan bahawa kedatangan dan kehadiran Tuhan memerlukan kerelaan dari pihak manusia.  Maria dan Yosef merelakan diri dalam menyahut tawaran Tuhan, agar Putera Tuhan dapat dilahirkan dan dibesarkan bersama mereka sebagai sebuah keluarga.

“Semoga perayaan Krismas yang kita rayakan ini menyedarkan dan meyakinkan kita umat Tuhan bahawa Yesus adalah sumber, alasan dan tujuan iman, harapan dan kasih kita. Kita mohon kepada Roh Kudus agar menolong kita mempertingkat kebanggaan kita terhadap identiti Kristiani kita (Yoh 13:35),  komitmen kepada misi Kristiani kita, (Mat 5:13-16) dan keyakinan kepada destinasi hidup kita (Yoh 14:6).

Pada akhir Bual Bicara, Bapa Uskup menyatakan harapan beliau untuk perayaan Krismas 2020 dan Tahun Baharu 2021. Prelatus itu mengatakan agar semua pihak, klerus, religius, katekis dan umat awam agar terus komited untuk melayani. Prelatus itu sempat mengongsikan tiga hal yang perlu dilakukan sebagai Katolik agar perayaan Krismas itu dapat diraikan dengan lebih bermakna:

1.Senantiasa bangga identiti Kristian kita.

2.Komited pada misi panggilan kita sebagai umat yang dibaptis iaitu menjadi garam dan terang Yesus kepada dunia.

3.Bersatu dengan Tuhan dan sesama seperti yang dinyatakan dalam Matius 10:32-33, “Setiap orang yang mengakui Aku di depan manusia Aku juga akan mengakuinya di depan Bapa-Ku yang di syurga. Tetapi barangsiapa menyangkal Aku di depan manusia, Aku juga akan menyangkalnya di depan Bapa-Ku yang di syurga.” — Liza Magnus ([email protected])

Total Comments:0

Name
Email
Comments