Uskup Agung baru untuk Keuskupan Agung Kuching

Pada 4 Mac, 2017, Paus Fransiskus telah melantik gembala baru untuk memimpin Keuskupan Agung Kuching — Uskup Agung Auksilier Simon Poh Hoon Seng.

Mar 10, 2017

KUCHING: Pada 4 Mac, 2017, Paus Fransiskus telah melantik gembala baru untuk memimpin Keuskupan Agung Kuching — Uskup Agung Auksilier Simon Poh Hoon Seng.

Prelatus itu mengambil alih jabatan episkopal daripada Uskup Agung John Ha Tiong Hock. Persaraan Uskup Agung John Ha telah pun diterima oleh Sri Paus pada hari yang sama. Uskup Agung Ha telah dilantik sebagai Uskup Agung Kuching oleh Sri Paus Yohanes Paulus II pada 23 Jun, 2003. Manakala Sri Paus Fransiskus, melantik Simon Poh Honn Seng sebagai Uskup Auksilier pada bulan Julai 2015.

Penyerahan Keuskupan Agung Kuching secara kanonik akan diadakan pada 20 Mac 2017, sempena Perayaan Sto Yosef di Katedral St Joseph jam 7.30 malam.

Sebagai Ketua Gembala Keuskupan Agung Kucing, Keuskupan Metropolitan Sarawak, Uskup Agung Simon Poh akan menerima palium daripada Bapa Suci di Basilika Sto Petrus di Kota Vatikan pada 29 Jun, 2017, sempena Perayaan Sto Petrus dan Paulus.

Uskup Agung Joseph Marino, Duta Takhta Suci ke Malaysia, akan mengetuai upacara pemakaian palium kepada Uskup Agung baru Kucing pada 19 Julai, 2017 di Kuching. Uskup Agung John Ha sangat bersyukur kepada Bapa Suci kerana menerima permohonannya untuk bersara dari pentadbiran pastoral Keuskupan Agung Kuching dan kerana melantik Uskup Agung Kuching baru, Uskup Simon Poh sebagai penggantinya.

Calon Uskup Agung Simon Poh menyatakan kesyukuran dan ketaatannya kepada Bapa Suci, Paus Fransiskus. Beliau mengungkapkan komitmennya untuk menggembala umat beriman, Religius dan Paderi di Keuskupan Agung Kuching dan berikrar kepada Gereja Malaysia, untuk meneruskan karya-karya kebaikan seperti yang telah dimulakan oleh Uskup Agung Emeritus Peter Chung dan diteruskan pula oleh Uskup Agung John Ha.

Bakal Uskup Agung Simon Poh yang dilahirkan di Sri Aman pada April 15, 1963

Selepas dibaptis, beliau menyertai banyak kegiatan rohani misalnya School Young Christian Students, Legion of Mary dan Putera Altar Katedral St Mary.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK St Joseph (1970-1975) dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Sekolah Mision (1976-1982).

Beliau ditahbis menjadi Paderi pada Julai 31, 1988. Sejak ditahbis, beliau telah melayani di pelbagai Gereja di bawah Keuskupan Agung Kuching yang meliputi daerahdaerah seperti Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman.

Beliau memperoleh Ijazah dalam Missiologi dari Universiti Kepausan Urbaniana, Roma pada tahun 1996. Fr Poh juga baru menamatkan Ijazah Kedoktoran dalam Pelayanan dari Universiti Indiana, USA pada bulan Mei , 1996.

Pada 9 Julai, 2015, Fr Simon Poh telah dilantik sebagai Uskup Titular Sfasferia dan sebagai Uskup Auksilier oleh Bapa Suci, Paus Fransiskus. Kemudian, Uskup Agung John Ha, bersama Uskup Agung Emeritus Peter Chung dan Uskup Julius Dusin Gitom memimpin upacara pelantikan Simon Poh sebagai Uskup Auksilier Keuskupan Agung Kuching pada 24 September, 2015.

Di peringkat serantau Uskup Simon Poh diangkat sebagai soleh Uskup Agung John Ha, calon Uskup Agung Simon Poh merupakan Presiden Pelayanan Kampus/Belia dan juga Komisi Penginjilan Baru.

Keuskupan Kuching ditubuhkan pada 5 Februari 1927 sebagai Prefecture Apostolik bagi Sarawak.

Pada 14 Februari, 1952, ia dijadikan Vikariat Kepausan Kuching oleh Paus Paulus VI pada 31 Mei, 1976, yang menaungi Miri dan Sibu.

Kuching mempunyai populasi Katolik terbesar, ia mempunyai 11 Paroki dan anggaran penduduk Katolik seramai 197, 134.

Ketika dihubungi, calon Uskup Agung Simon Poh menyambut khabar daripada Sri Paus dengan kerendahan hati dan tetap akan melayani sebagai hamba Tuhan.

“Kemuliaan kepada Tuhan yang dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan.

“Segala pujian bagi Dia dalam Gereja dan dalam Kristus Yesus bagi seluruh generasi, selalu dan selamalamanya,” kata Fr Simon Poh yang memetik petikan dari Efesus 3: 20.

Total Comments:0

Name
Email
Comments