Uskup Agung Jepun tegaskan kembali bebaskan dunia dari senjata nuklear

Para pemimpin gereja Katolik di Jepun dan Amerika Syarikat kembali menyerukan genjatan senjata nuklear pada minggu ini dalam memperingati 75 tahun serangan bom atom pada akhir Perang Dunia II.

Aug 08, 2020

TOKYO: Para pemimpin gereja Katolik di Jepun dan Amerika Syarikat  kembali menyerukan genjatan senjata nuklear pada minggu ini dalam memperingati 75 tahun serangan bom atom pada akhir Perang Dunia II.

Para pemimpin gereja mengatakan akan sangat ideal jika Amerika Syarikat dan Jepun “benar-benar berdamai satu sama lain dan bekerja sama untuk penghapusan senjata nuklear.”

“Sekiranya masih ada pemikiran bahawa senjata diperlukan untuk mencipta perdamaian, akan sukar untuk mengurangi jumlah senjata  nuklear, apalagi untuk menghapuskan senjata nuklear,” kata Uskup Agung Nagasaki, Mitsuaki Takami dari Nagasaki.

Berbicara dalam webinar pada 3 Ogos,  Uskup David J. Malloy dari Rockford, Illinois, dan Uskup Agung Takami menegaskan kem bali seruan konferensi para uskup dari kedua-dua negara untuk menghapus senjata nuklear.

Uskup Malloy mengatakan bahawa dunia harus “mencari sarana untuk pelucutan senjata penuh dan saling menguntungkan berdasarkan komitmen dan kepercayaan bersama yang perlu dipupuk dan diperdalam.

Bom atom menghancurkan kota Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan tiga hari kemudian menghancurkan kota Nagasaki. Pemboman nuklear itu telah membunuh 110,000 – 210,000 orang. –– licasnews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments