Uskup Agung John Wong sokong gerakan pertahan hak Orang Asal Sabah

Uskup Agung Kota Kinabalu, John Wong, menjadi antara pemimpin Kristian di Borneo terkini yang memberikan sokongan kepada gerakan Mamangkis yang semakin meningkat di Sabah.

Aug 14, 2014

KOTA KINABALU: Uskup Agung Kota Kinabalu, John Wong, menjadi antara pemimpin Kristian di Borneo terkini yang memberikan sokongan kepada gerakan Mamangkis yang semakin meningkat di Sabah.

Mamangkis adalah teriakan perang Orang Asal yang digunakan oleh nenek moyang mereka untuk perhimpunan pahlawan untuk berperang melawan musuh. Kini ia telah diterima pakai oleh orang Kristian dalam pertempuran melawan penukaran agama penuntut agama Kristian kepada Islam dan berjuang untuk kebebasan beragama.

“Kami menggesa Putrajaya untuk melakukan semua dan segalanya untuk mengembalikan kebebasan beragama dan keamanan dan keharmonian,” kata John dalam satu teks tersedia pada akhir perhimpunan Mamangkis, di Papar baru-baru ini.

Sokongan Uskup Agung John terhadap Mamangkis berikutan tercetusnya denominasidenominasi Kristian Sabah yang turut menyokong Mamangkis selepas terjadinya beberapa pengislaman paksa, pencabulan hak asasi Orang Asal dan kedatangan besarbesaran imigran Islam khususnya dari Selatan Filipina.

Beliau juga kesal kerana penganut Kristian diserang berterusan kerana kepercayaan dan amalan agama yang telah diamalkan sejak turum temurun. “Malahan bahasa yang digunakan dalam Alkitab, sastera dan ibadah kita dipersoalkan oleh pihak berkuasa dan lainlain.”

Beliau juga menegaskan bahawa desecularisation dan Islamisasi yang semakin menjalar menjadi ancaman serius kepada orang Kristian di Borneo.

“Amat menyedihkan kerana badan kehakiman, kepada siapa rakyat merujuk untuk mendapatkan keadilan dan perlindungan, dengan keputusan majoriti enggan untuk menegaskan keadilan,” kata John yang merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jun 23 lalu, yang menafikan kebenaran untuk Mingguan Katolik HERALD, bagi mengenepikan larangan penggunaan kata “Allah” dalam penerbitan mereka.

Beliau berkata bahawa Alkitab yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dari premis Persatuan Alkitab Malaysia masih belum dikembalikan; Jabatan Pendaftaran Negara secara rutin mengeluarkan MyKad Islam kepada Orang Asal Kristian, penukaran penipuan yang dijalankan oleh NGO Islam dari Semenanjung sedang berlaku, dan terdapat percubaan halus di sekolah-sekolah untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur.

John berkata Putrajaya mesti menghormati Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

“Marilah kita berdoa agar Roh Kudus turun ke atas tanah milik kita ini terutama di kalangan pemimpin-pemimpin nasional kita dalam memastikan hak setiap komuniti, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau status sosial terus terjamin,” seru Uskup Agung John Wong. -- FMT/TMI

Total Comments:0

Name
Email
Comments