Uskup Agung John Wong terima gelaran Datuk

Uskup Agung John Wong merupakan antara 53 orang penerima darjah kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada 1 Oktober 2016.

Oct 14, 2016

KOTA KINABALU: Uskup Agung John Wong merupakan antara 53 orang penerima darjah kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada 1 Oktober 2016.

Ia juga merupakan ulang tahun episkopalnya yang keenam. Penganugerahan darjah dan pingat kebesaran negeri merupakan acara tahunan sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah.

Seramai 876 orang penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun kelahiran ke-63, Tun Juhar Mahirrudin di Istana Negari.

Dalam ucapannya, ketua negeri itu mengatakan kesatuan teguh di kalangan rakyat di negeri ini merupakan benteng terbaik dalam melawan ideologi- ideologi ekstrem termasuk terorisme.

“Saya menyeru kepada semua orang termasuk pemimpin dan komuniti agar sentiasa bersiap siaga dan melindungi sesama dengan bekerjasama memberi maklumat kepada pihak berkuasa jika mengesyaki hal yang boleh menggugat keharmonian negara,” ujar Juhar.

Uskup Agung John Wong merupakan Uskup kelima yang menerima gelaran Datuk selepas para pendalunya iaitu Uskup Simon Fung, Uskup Agung Emeritus John Lee, Uskup Cornelius Piong dan Uskup Bishop Julius Dusin Gitom

Total Comments:0

Name
Email
Comments