Uskup Cornelius hargai peranan besar Ibu dan Jururawat

“Pada hari ini Yesus mempunyai pesan yang sangat penting kepada setiap kita. Dia mengatakan, “jangan gelisah hati mu…percayalah kepada Tuhan!”(Yohanes 14:1) kata Uskup Cornelius Piong semasa meraikan Misa Kudus Paskah Minggu Kelima pada 10 Mei lalu.

May 16, 2020

KENINGAU: “Pada hari ini Yesus mempunyai pesan yang sangat penting kepada setiap kita. Dia mengatakan, “jangan gelisah hati mu…percayalah kepada Tuhan!”(Yohanes 14:1)  kata Uskup Cornelius Piong semasa meraikan Misa Kudus Paskah Minggu Kelima pada 10 Mei lalu.

Dalam Misa itu juga turut diraikan Hari Ibu dan Hari Jururawat Sedunia.

“Saya percaya dalam era pandemik ini,  tidak dapat dielakkan rasa cemas dan takut, sebagai ibu dalam keluarga kita mengalami pelbagai kecemasan memikirkan anak-anak atau keluarga.

“Sebagai Jururawat, juga mempunyai rasa cemas tentang keselamatan diri sendiri dan keluarga. Tetapi mari menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada Yesus, apa pun keadaan yang kita hadapi, jan gan cemas…jangan gelisah,” ujar Uskup Cornelius.

Tarikh perayaan Hari Jururawat Sedunia jatuh pada 12 Mei. Keuskupan Sandakan meraikan hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut. Sudah tentu, bukan sahaja para jururawat yang didoakan dan dihargai pada hari istimewa itu, malah semua doctor dan petugas kesihatan turut diberi sokongan melalui doa.

“Saudara saudari, oleh kerana pengaruh sekeliling, banyak perkara yang membuatkan kita risau dan gelisah. Sebagai manusia biasa dan lemah, kita memang tidak dapat lari dari perasaan gelisah dan cemas ini.

"Tetapi jangan sampai kegelisahan itu menyebabkan kita terlalu tertekan. Jangan lupa, kita ada Yesus. Dia bersabda pada hari ini, “Janganlah gelisah hatimu, percayalah kepada Bapa…” 

Bapa Uskup menambah, “Hidup ini bukan setakat di dunia sahaja, destinasi hidup  kita adalah ke rumah Bapa. Ini yang sepatutnya membuat kita gelisah dan berusaha agar kita dapat sampai ke rumah Bapa di syurga, destinasi hidup kita sebenarnya.

“Bagaimana untuk sampai ke rumah Bapa?” tanya Uskup Cornelius. Prelatus itu menerangkan bahawa Yesus ada memberikan pedoman iaitu Dialah Jalan, kebenaran dan kehidupan. Bukan wang atau harta jaminan untuk ke rumah Bapa tetapi Yesus. Dialah yang membawa kita sampai ke rumah bapa di syurga.

Ketua Keuskupan Keningau itu mengajak umat untuk mengutamakan pesan Yesus ini meskipun hidup selalu dalam kegelisahan  yang melibatkan penyakit atau isu isu keluarga. 

Total Comments:0

Name
Email
Comments